Polis sita harta penjenayah mati ditembak di Terengganu bernilai RM4.3 juta

Polis sita harta penjenayah mati ditembak di Terengganu bernilai RM4.3 juta

Polis sita harta penjenayah mati ditembak di Terengganu bernilai RM4.3 juta.

Polis Terengganu menyita aset dipercayai daripada sumber kegiatan haram iaitu tanah dan chalet milik dua penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian Selasa lalu, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM4.3 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sitaan terhadap semua harta berkenaan dibuat pegawai turus perlucuthakkan harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu di bawah Seksyen 28(1) Akta Dadah Berbahaya 1988.

Beliau berkata, pada permulaan kes, tiada sitaan dibuat, namun siasatan lanjut melalui penjejakan harta (Asset Tracing) melalui bank dan institusi kewangan, JSJN berjaya menemui pemilikan tujuh harta tak alih yang diperolehi secara pembelian yang meragukan di beberapa daerah di negeri ini.

“Harta yang disita adalah satu lot tanah berkeluasan 159 meter persegi dengan nilai anggaran RM160,000 di Kemaman; satu lot tanah di Dungun seluas 3.2970 hektar, nilai anggaran RM750,000: satu lot tanah di Batu Rakit, Kuala Nerus, seluas 15,460 meter persegi dengan nilai anggaran sebanyak RM1,100,000.

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Suami sempat peluk, cium dan puji isteri cantik sebelum tiba-tiba hilang dalam rumah

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

CATEGORIES