Pelawak Tauke Jambu dan 4 rakan didakwa miliki dadah

Pelawak Tauke Jambu dan 4 rakan didakwa miliki dadah

Pelawak Tauke Jambu dan 4 rakan didakwa miliki dadah.

Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai ‘Tauke Jambu’ dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin.

Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Pelawak Tauke Jambu dan 4 rakan didakwa miliki dadah

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini, pada 2.40 pagi, 10 April lalu.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Zamatul Amri yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Baca Juga : Kisah kucing terlalu rindukan arwah, sempat rakam kucing peluk telefon yang sedang mainkan video arwah

Pelajar wanita maut selepas makan gula-gula perisa ganja

Polis sita harta penjenayah mati ditembak di Terengganu bernilai RM4.3 juta

CATEGORIES