PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap

PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap

PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap.

Seorang anggota dewan undangan negeri (Adun) di Kelantan mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya dengan muslihat sindiket Macau Scam, kelmarin.

Mangsa hanya menyedari dia ditipu pagi semalam apabila hadir ke Bank Islam dan Bank Muamalat untuk menyemak baki akaun selain membuat kad bank baru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Asisten Komisioner Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mangsa dimaklumkan terdapat tunggakan cukai bernilai RM52,900.

PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap

Menurutnya, suspek mendakwa cukai itu hasil kemasukan wang tunai RM200,000 kepada akaun syarikat yang dikatakan milik mangsa, namun perkara itu dinafikannya.

“Susulan itu, suspek menyuruh mangsa membuat laporan polis sebelum talian disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Mangsa kemudiannya diminta mengesahkan segala pemindahan wang terbabit adalah tidak benar dan selepas itu talian disambung kepada seorang wanita kononnya anggota dari JSJK Melaka bergelar Datuk.

“Ketika perbualan berlangsung, mangsa diminta membuat pengesahan akaun miliknya dengan mengisi pautan Bank Negara yang diberikan melalui whatsApp,” katanya dalam kenyataan kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Wazir berkata, mangsa hadir ke cawangan Bank Islam pada jam 10.30 pagi semalam untuk menyemak baki akaun dan membuat kad bank baru sebelum dimaklumkan baki akaun bank miliknya berkurangan sebanyak RM71,480.

Katanya, mangsa yang berusia 56 tahun itu kemudiannya pergi ke Bank Muamalat untuk membuat kad bank baru dan dimaklumkan baki akaun bank miliknya berkurangan sebanyak RM13,049.00 menerusi dua transaksi pengeluaran.

“Jumlah kerugian keseluruhan yang dialami mangsa RM84,529 dan mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kota Bharu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasat lanjut termasuk mengesan suspek sedang dilakukan,” jelasnya.\

Baca lagi: 

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

Mike Tyson bakal bangunkan kerajaan ganja, ada Tyson Universiti dan Hotel mewah

Orang ramai dinasihati berwaspada apabila melihat pelekat hijau pelik di peti surat rumah

CATEGORIES