[VIDEO] Pesawat kargo DHL terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas

[VIDEO] Pesawat kargo DHL terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas

[VIDEO] Pesawat kargo DHL terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas.

Rakaman memaparkan sebuah pesawat kargo DHL yang terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas di Costa Rica tular menerusi media sosial.

Pesawat Boeing 757-200, yang sedang dalam perjalanan ke Guatemala terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria pada 10 pagi Khamis selepas berlaku kegagalan dalam sistem hidraulik.

Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian segera memadaman kebakaran pada pesawat tersebut.

Menurut Business Insider, DHL dalam satu kenyataan turut mengesahkan kejadian melibatkan pesawat dengan nombor ekor JOS2716 itu.

[VIDEO] Pesawat kargo DHL terputus dua ketika melakukan pendaratan cemas

“Kami ingin melaporkan bahawa anak kapal tidak cedera secara fizikal dalam kejadian itu. Seorang anak kapal telah menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memindahkan pesawat dari kawasan berhampiran landasan,” ujar jurucakap syarikat itu.

Dalam pada itu, akhbar Costa Rica, La Nacion turut memuat naik foto kerosakan pesawat itu menerusi Twitter.

Selain ekor yang tertanggal, sayap pesawat itu turut patah.

Kira-kira 8,500 penumpang dan 57 penerbangan komersial dan kargo terjejas akibat penutupan sementara gara-gara kejadian itu.

Baca lagi:

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

Wanita paling tua di dunia berumur 119 tahun tapi masih kuat minum air Coca-cola

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

CATEGORIES