Petronas sahkan kakitanganya disyaki terlibat rasuah ditahan SPRM

Petronas sahkan kakitanganya disyaki terlibat rasuah ditahan SPRM

Petronas sahkan kakitanganya disyaki terlibat rasuah ditahan SPRM.

Syarikat minyak milik negara, Petronas mengesahkan seorang daripada eksekutif peringkat rendahnya telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah.

Syarikat yang berada pada kedudukan ke 277 dalam Fortune 500 itu menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam siasatannya.

Petronas sahkan kakitanganya disyaki terlibat rasuah ditahan SPRM

“Petronas mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk salah laku dalam kalangan kakitangan.

“Untuk tujuan ini, Petronas telah bekerjasama rapat dengan SPRM sejak 2012 dan akan meneruskan kerjasama ini untuk menghapuskan rasuah dalam kumpulan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelas syarikat minyak itu lagi, kod tatakelakuan dan etika perniagaannya jelas melarang amalan meminta-minta sesuatu yang tidak wajar, rasuah dan tabiat salah laku lain oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang melaksanakan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan.

Untuk rekod, Petronas pada Januari yang lalu telah mengumumkan kejayaannya mengekalkan kedudukan sebagai jenama Asean paling bernilai dalam laporan ‘Brand Finance Global 500’ di samping menjadi antara 10 jenama minyak dan gas utama dunia.

Baca Lagi:

Pelanggan sanggup beratur panjang gara-gara penjual goreng pisang mirip pelakon Korea

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah

CATEGORIES