Cristiano Ronaldo mengamuk hancurkan handphone peminat dalam stadium

Cristiano Ronaldo mengamuk hancurkan handphone peminat dalam stadium.

Cristiano Ronaldo meminta maaf kepada penyokong Everton selepas membuat lagak kurang menyenangkan sebaik habis perlawanan Manchester United yang kalah 0-1 Everton dalam aksi Liga Inggeris 2021-2022 di Goodison Park, Sabtu (9/4/2022) malam tadi.

Peristiwa kurang menyenangkan itu terjadi di akhir pertandingan setelah pengadil meniup wisel panjang. Ronaldo , yang dilihat kecewa dengan kekalahan yang menimpa MU dilihat berjalan menuju lorong stadium.

Cristiano Ronaldo mengamuk hancurkan handphone peminat dalam stadium

Ronaldo yang masih diselimuti kekecewaan lantas menyambar telefon dari genggaman penyokong Everton. Dalam video yang tular di media sosial, terlihat handphone tersebut jatuh ke lantai dan hancur rosak.

Tak menunggu waktu lama, Ronaldo pun langsung kesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf atas insiden tersebut kerana merasa saat itu dirinya terlampau emosi dikalahkan armada Merseyside Biru dan memohon untuk menjemput penyokong itu untuk hadir ke Old Trafford sebagai tanda permintaan maafnya.

“Tidak selalunya mudah untuk menghadapi emosi di saat-saat sukar seperti yang sedang kita hadapi. Namun demikian, kami harus selalu menghormati, sabar, dan memberi contoh kepada semua anak muda yang menyukai permainan hebat ini,” tulis Ronaldo di Instagram-nya, @cristiano, Minggu (10/4/2022).

“Saya ingin meminta maaf atas kemarahan dan kelakuan saya dan, jika memungkinkan, saya ingin mengundang penyokong ini untuk menonton pertandingan di Old Trafford sebagai tanda fair-play dan sporting,” kata Ronaldo.

Kelakuan Ronaldo!

Baca Lagi:

Akhirnya terdedah wajah suami Wardina Safiyya selepas 20 tahun kahwin

Anggota polis maut mayat rentung dan ada kesan tembakan pada kepala

Penduduk terkejut terima notis kosongkan rumah ketika ramadan, dimana janji kerajaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.