5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini.

Waktu ini, telefon pintar telah menjadi salah satu peranti paling penting bagi kebanyakan orang. Bukan sahaja warga emas, tetapi anak-anak kecil yang belum melangkah ke tadika pun sudah pandai menavigasi iPad Pro.

“Kita dulu mana ada macam ini,” frasa ini sering kali diucap boleh golongan dewasa, merujuk pada budak-budak sekolah kini yang sentiasa ada peranti di tangan walaupun di meja makan.

Namun, dalam kepantasan teknologi berkembang, masih ada pengeluar yang meletakkan spesifikasi atau perkakasan yang ketinggalan zaman. Berikut antara perkara yang sebaiknya sudah tidak wujud bermula tahun ini.

Bateri Bawah 4000mAh

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Beberapa tahun dulu, bateri 4000mAh sememangnya dianggap besar, ‘Wow!’ tetapi kini ia sudah menjadi satu spesifikasi minimum.

Jika sesebuah telefon mempunyai kapasiti bateri lebih rendah daripada 4000mAh, maka seeloknya cari saja alternatif lain. Dengan lambakan model di pasaran hari ini, bukan perkara sukar untuk cari yang setanding.

Tambah pula, telefon bajet kini juga sudah banyak menyertakan bateri sebesar 5000mAh.

Pengecasan Bawah 18W

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Juga berkait dengan bateri, pengecasan juga satu teknologi yang pantas dimajukan. Hampir setiap pengeluar terutamanya dari China kini hadir dengan teknologi pengecasan pantas dengan penjenamaan sendiri seperti SuperVOOC, HyperCharge, Super Dart Flash Charge, SuperCharge, Quick Charge dan lain-lain.

Apa pun nama diberi, yang penting ialah kelajuannya mengecas peranti dalam masa singkat. Pada tahun 2022 ini, sudah ada model kelas permulaan yang ditawarkan bersama pengecas 18W dalam kotak.

Jadi, jika anda mencari telefon pada 2022, pastikan juga ia menyokong pengecasan sekurang-kuragnya 18W. Ciri ini sangatlah membantu dalam pengguna seharian.

Kami tujukan soalan ini pada saudara Azee sebagai hos kami yang sering bercakap tentang telefon di YouTube. Dia berpendapat telefon tahun ini seharusnya menyokong sekurang-kurangnya 50W.

Namun, bagi saya ia hanya sesuai untuk kelas andalan dan pertengahan premium. Untuk kelas permulaan, minimum 18W sudah mencukupi dengan harga ditawarkan.

Antara telefon pintar bawah RM1,000 yang menyokong pengecasan 18W dan ke atas ialah Redmi 10 (RM679, belum masuk Malaysia), OPPO A76 (33W, RM849), Redmi Note 11 (33W, RM749), Redmi Note 11S (33W, RM899), Redmi Note 11 Pro (67W, RM999).

Kadar Segar 60Hz

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Menatal paparan dengan kadar segar 90Hz, 180Hz buat kali pertama sememangnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kelancaran ini sepatutnya terus diimplimentasikan pada semua telefon yang dilancarkan tahun ini.

Jadi, telefon yang dilancarkan bermula tahun ini seharusnya mempunyai pilihan sekurangnya-kurangnya 90Hz, selari dengan perkembangan teknologi waktu ini.

Untuk peranti pertengahan pula, 120Hz sebagai pilihan maksimum pastinya akan menjadi kunci penting untuk menarik pengguna.

Dengan ciri penyelarasan kadar segar dinamik, pastinya ia tidak menggunakan kuasa bateri terlalu banyak.

Kamera Makro

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Jujurlah pada diri, sejak memiliki telefon yang mempunyai lensa makro, berapa kalikah anda menggunakan kamera tersebut untuk menangkap gambar makro secara serius?

Jika anda memanfaatkannya secara harian atau kerap, syabas kami ucapkan. Namun, kebanyakan pengguna pastinya menjadikannya sebagai aksesori saja.

Bahkan, kamera makro pada peranti kelas permulaan dan pertengahan yang diletakkan seolah-olah hanya untuk mencukupkan syarat dan ‘gimik’. Secara praktikalnya, kualiti gambar dihasilkan mengecewakan.

Jadi, ada baiknya jika lensa ini dibuang terus atau diganti dengan lain. Namun, pengeluar pastinya ingin menjimatkan kos, disebabkan inilah mereka tidak meletakkan sudut lebar atau periskop.

Pengasingan Pengecas Daripada Set Lengkap

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

Trend ‘membuang’ pengecas daripada set lengkap telefon pintar dimulakan oleh Apple dan kemudian diikuti Samsung, Xiaomi secara separa. realme semalam juga mengumumkan narzo 50A Prime menjadi model pertama tanpa pengecas.

Dengan alasan kelestarian alam sekitar dan pembaziran palam pengecas, kami sebagai pengguna juga tidak bersetuju dengan trend ini. Terasa tidak lengkap bila habiskan beribu ringgit tetapi hanya diberi telefon

Pada tahun 2022, pengeluar sepatutnya terus membekalkan pengecas dalam kotak, sesuai dengan kadar pengecasan yang disokongnya. Harapnya tidak ada lagi jenama lain yang ghairah mengikuti trend ini.

Namun, jika anda mencari palam pengecas, anda boleh pertimbangkan pengecas dari jenama Ugreen, McDodo, Baseus. Klik pautan di bawah untuk lihat pilihan yang ada.

-Pengecas (USB-A) Ugreen 18W (~RM25)
-Pengecas dua port (USB-C & USB-A) McDodo 33W (~RM40)
-Pengecas dua port (USB-C & USB-A) Baseus 20W (~RM29)

Tetapi, pastinya 5 perkara ini bukanlah semata-mata yang dikira ketinggalan zaman. Banyak lagi ciri dan fungsi perlu diluput.

Baca Lagi:

Kisah bekas Menteri Kewangan yang kini menyara hidup sebagai pemandu teksi Uber

Akhirnya terdedah wajah suami Wardina Safiyya selepas 20 tahun kahwin

Penduduk terkejut terima notis kosongkan rumah ketika ramadan, dimana janji kerajaan?

CATEGORIES