Video penunggang motosikal jatuh nyaris digilis lori semasa hujan viral sampai Turki

Video penunggang motosikal jatuh nyaris digilis lori semasa hujan viral sampai Turki

Video penunggang motosikal jatuh nyaris digilis lori semasa hujan viral sampai Turki.

Berpantang maut sebelum ajal, inilah yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang nyaris digilis lori apabila motosikal ditunggangnya tiba-tiba tergelincir di tengah lebuh raya, Isnin laku.

Insiden penuh cemas itu kebetulan dirakamkan kamera pemuka (dashcam) dan tular di media sosial.

Dalam klip video 16 saat itu, penunggang motosikal tersebut dilihat hilang kawalan akibat tergelincir dipercayai kerana jalan licin disebabkan hujan. Kebetulan di belakangnya ada sebuah lori sedang meluncur laju.

Mujurlah penunggang tersebut bertindak pantas bangun dan berlari menyelamatkan diri meninggalkan motosikalnya sebelum dilanggar lori itu.

“Banyak kali aku tengok video ni, puncanya penunggang itu terjatuh sebab tongkat motosikal dia sendiri, banyak kali juga jumpa kejadian macam ni. Lagi-lagi orang tua kadang-kadang terpaksa jerit minta dia orang (mereka) angkatkan tongkat motosikal mereka,” komen Ady Omar di laman Facebook.

Terkini menerusi perkongsian dilaman sosial TikTok oleh Mehmet Izudin, berita mengenai insiden tersebut telah tersebar sehingga ke Turki.

“alhamdulillah dia masih di beri peluang untuk hidup jadi jangan sia siakan peluang yang ada.” komen seorang pengguna.

“Aku takleh bayang perasaan dia saat tu, kesian dia.. tapi sangat tangkas dlm misi menyelamatkan diri.” Komen Charmyyy pula

@malaysianupdatenews Didoakan kalian semua dilindungi Allah sentiasa..Berhati-hatilah..😉😉 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – TMCI•Fajar Saputra – TMCI•fajar saputra

Baca Lagi:

Ini senarai penceramah “selebriti” di Selangor ditarik balik tauliah mengajar

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Inspektor didakwa rogol dan cabul tahanan janda anak dua dalam pejabatnya

CATEGORIES