Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah

Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah

Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah.

Bila sebut tentang kereta berprestasi tinggi, jenama-jenama terkenal dari Jepun biasanya antara yang pertama terlintas di hati kita. Selain itu, hobi memiliki jentera-jentera ini juga lebih terarah kepada jejaka-jejaka berbanding gadis-gadis diluar sana. Bukan tidak ada, namun sukar untuk kita menemuinya.

Namun jangan hairan, rupanya di Brunei, ada seorang wanita yang dikatakan bergelar ustazah menjadi viral di media sosial apabila dilihat tidak kekok mengendalikan sebuah jentera JDM (Japan Domestic Market) R33.

‘Ustazah naik R33’

Tampil dengan imej muslimah, bertudung labuh dan berjubah sopan, nyata minat dan hobinya berjaya mencuri tumpuan bukan sahaja komuniti JDM tempatan, bahkan auranya berjaya menarik perhatian sekumpulan “Hardcore” JDM Jepun untuk turun bertemu dengannya sendiri.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun Tiktok dengan username @Shin Chan Rx7, wanita berkenaan merupakan seorang individu yang sangat dikenali dalam komuniti JDM di Brunei dan juga di negara-negara sekitarnya.

Malah, wanita tersebut difahamkan mempunyai ilmu yang sangat mendalam mengenai dunia automotif seperti arif dengan kompenan-kompenan yang ada pada kenderaan JDM tersebut.

Apa itu JDM?

JDM merujuk kepada Japan Domestic Market. Seperti dipetik daripada portal Garage Dreams, ramai sebenarnya beranggapan bahawa JDP merujuk kepada kereta-kereta yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kenderaan Jepun.

Namun begitu, maksud sebenar JDM adalah merujuk kepada kereta-kereta yang dihasilkan hanya untuk pasaran Jepun. Ringkasnya, kereta-kereta JDM adalah kereta-kereta yang dibeli di Jepun dan hanya digunakan di atas jalan raya-raya di negara tersebut sahaja. Kereta-kereta ini dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

Oleh itu, boleh juga dianggap bahawa bukan semua kereta yang dihasilkan oleh pengeluar-pengeluar kereta Jepun boleh digelar sebagai JDM, namun kereta-kereta yang dihasilkan hanya untuk pasaran Jepun jatuh dalam kategori JDM.

Sebagai contoh, kereta Toyota Supra MKIV dihasilkan dalam dua versi. Satu versi eskport contohnya untuk pasaran Amerika Syarikat dan satu lagi adalah versi untuk pasaran tempatan. Dalam kes, ini hanya Toyota Supra MKIV yang dihasilkan untuk pasaran Jepun sahaja yang layak digelar JDM manakala versi eksport pula tidak menepati definisi JDM walaupun ia merupakan model yang sama dan dihasilkan oleh pengeluar kenderaan Jepun.

Malah, kedua-dua versi ini juga sebenarnya ada perbezaan yang ketara, sekaligus ia menjadikan JDM mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri.

Selain itu, ada juga yang memahami istilah JDM ini dengan lebih ‘keras’ lagi. Bagi sesetengah peminat tegar, JDM yang sebenar bukan semata-mata merujuk kepada kereta yang dihasilkan untuk pasaran domestik Jepun sahaja, bagi mereka kereta JDM juga merujuk kepada model-model yang tidak pernah dijual diluar pasaran Jepun.

Menurut mereka, kereta JDM yang sebenar adalah kereta yang tidak pernah dirancang untuk ‘meninggalkan’ tanah air Jepun, seperti dijual dalam pasaran kereta terpakai di negara lain.

Baca Lagi:

Video penunggang motosikal jatuh nyaris digilis lori semasa hujan viral sampai Turki

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Seramai 650 pemegang akaun saman CIMB RM650 juta

CATEGORIES
TAGS