PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL.

Dua warga asing sanggup mengoyakkan baju sendiri sebelum mendakwa pakaian mereka dikoyakkan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelak ditangkap.

‘Drama’ dan provokasi itu dilakukan dua warga asing yang berang dengan tindakan penguat kuasa DBKL menyita barangan jualan mereka di hadapan sebuah bank di Pusat Bandar Utara, Selayang berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur dekat sini, petang semalam.

dbklmaki 1649509597 e1649510356786

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun, berkata polis menerima satu laporan kejadian menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam semasa menjalankan tugas yang berlaku di lokasi terbabit pada jam 6.41 petang.

Katanya, pihak penguat kuasa DBKL melakukan rondaan di kawasan itu dan ternampak seorang lelaki dan wanita berniaga di kaki lima bank terbabit.

“Suasana menjadi kecoh apabila anggota penguat kuasa DBKL menyita barangan mereka tetapi kedua-dua dan kedua-dua warga asing itu enggan bekerjasama.

“Mereka melakukan provokasi agresif dengan menepis tangan seorang anggota penguat kuasa yang membuat rakaman video sehingga telefon bimbitnya jatuh dan rosak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Heisham berkata, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah ke arah muka seorang anggota penguat kuasa DBKL, selain mengoyakkan baju sendiri.

“Mereka kemudian menuduh ia dilakukan oleh pihak penguat kuasa DBKL bagi mengelak ditangkap.

“Susulan kejadian itu, seorang lelaki dan perempuan warga asing berusia 34 dan 38 tahun ditahan di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Beliau berkata, mereka direman 14 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula hari ini hingga 22 April bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Baca Lagi:

Gempar !!! Penyakit demam babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan

Ustazah viral owner Skyline R33, geng “hardcore” JDM dari Japan sanggup datang jumpa Ustazah

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

CATEGORIES
TAGS