Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Begitulah realiti yang dihadapi seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu sebelum ditemui.

Suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang guru yang begitu dihormati masyarakat, namun wanita itu kini hanya mampu merempat tak berumah bak seorang gelandangan terbiar.

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan merempat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

“Wanita tua itu juga dilihat memet1k buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memet1k p0rtal berita Timeofindia.

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengecam guru mereka yang dipanggil Teacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Sementara itu, laporan polis dibuat bagi kes pengabaian keluarga dan pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Ramai bekas muridnya yang berasa terkesan dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu namun sebagai manusia bermaruah, Valsa menolak dan berkata dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji namun realiti bekas guru yang sudah tua ini tergamak diabaikan keluarganya amat menyayat hati.

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Seorang guru amat besar jasanya dalam membentuk peribadi ramai manusia, namun patutkah dia diabaikan tanpa belas dan kasihan sebegini rupa oleh darah dagingnya sendiri.

Namun pada masa sama, jangan sesekali lupa tanggungjawab pada ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan tiada gunanya kalau tak ada sahsiah diri.

Baca Lagi:

Ini jumlah minima income setiap individu yang wajib bayar cukai, jangan sampai LHDN datang ketuk pintu rumah!

Kerana assignment terlalu banyak, pelajar UiTM maut dua urat kepala putus..Jadikan pengajaran

Kerana mabuk lelaki ini rogol isteri rakannya di belakang pokok pisang

CATEGORIES
TAGS