“Game On” Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! – Najib

“Game On” Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! – Najib

“Game On” Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan persetujuan beliau untuk berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja bersetuju, bahkan, Ahli Parlimen Pekan itu turut meminta acara debat itu dapat diadakan secara langsung dalam tempoh terdekat.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Najib menyatakan persetujuan itu selepas menerima cabaran untuk berdebat oleh Anwar hari ini.

Dalam hantaran itu, Najib turut menyentuh mengenai kenyataan Anwar yang menyatakan beliau gagal menjawab dakwaan Rafizi berhubung usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

“Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.

“Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula. Saya cuma sahut sahaja.

“Saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dia naikkan. Setakat ini, dia (Rafizi) cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini,” kata Najib lagi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dikatakan telah menantikan selama 10 tahun untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu serta mendakwa pelawaan itu tidak disambut.

Terdahulu, Anwar menegaskan beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Najib sambil berkongsi serangkap pantun sebagai menggambarkan kesediaannya.

Berikut pantun yang dikongsi Ketua Pembangkan itu:

Tuan Puteri pergi ke Lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang

Baca lagi: 

Tak sangka tinggal dirumah usang, tapi ada aset RM1.7juta..Lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini

Dihalau dari depan kedai, lelaki ini niaga bawah pokok pangku barang jualan undang sebak

Tersalah berbuka puasa awal kerana azan di radio, ini jawapan mufti

CATEGORIES