Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM97,000 kerana langgar SOP

Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM97,000 kerana langgar SOP

Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM97,000 kerana langgar SOP.

Seramai 97 pengunjung pusat hiburan tak berlesen dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 sebanyak RM1,000 seorang.

“Seramai 60 lelaki dan 37 wanita warganegara diperiksa dan dikompaun manakala seramai lapan lelaki dan dua wanita warga asing ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

“Turut ditahan seorang lelaki warganegara yang merupakan penjaga premis kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

1648216

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju merampas beberapa barang kes termasuk dua unit pembesar suara, televisyen (2), mikrofon (4), amplifier (1), pengadun muzik (2), dan wang tunai RM 111.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.\

Baca Lagi:

Patutlah minyak masak mahal, kapal Airbus A380 terbang guna minyak masak sebagai bahan api

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Wanita ini pecah rekod dunia lari 6,000 kilometer dalam masa 110 hari

CATEGORIES