Seorang graduan bertuah terima diploma dua kali setelah pelitup mukanya tertanggal dan topi tercabut

Seorang graduan bertuah terima diploma dua kali setelah pelitup mukanya tertanggal dan topi tercabut

Seorang graduan bertuah terima diploma dua kali setelah pelitup mukanya tertanggal dan topi tercabut.

Gara-gara penyambung pelitup muka magnetnya tercabut hingga topi terjatuh, seorang graduan Diploma Kejururawatan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bertuah apabila dapat naik ke pentas konvokesyen dua kali.

Nor Alia Munirah Shamsuddin, 22, dari Kampung Pulau Rusa di sini berkata, situasi itu sama sekali tidak diduga apabila dijemput Naib Canselor, Prof. Dr. Fadzli Adam untuk kembali semula ke pentas menerima diploma berkenaan.

KONVO 2 KALI

Katanya, peluang kedua yang diberikan itu sekali gus membolehkannya memiliki gambar konvokesyen yang sempurna sebagaimana yang diidamkan selama ini.

“Penyambung pelitup muka magnet tercabut ketika nama saya dipanggil untuk menerima diploma dan pada masa itu saya sangat malu dan tidak sempat mengambil topi yang terjatuh kerana lekas mahu turun pentas.

“Selepas 10 minit kembali ke tempat duduk, pihak pengurusan memaklumkan Naib Canselor mahu saya naik semula menerima diploma sebagai graduan terakhir dan saya sangat berterima kasih atas peluang kedua yang sangat bermakna itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, video yang memaparkan pelitup muka Nor Alia Munirah tertanggal hingga topinya terjatuh ketika di pentas konvokesyen tular di laman sosial TikTok hingga timbul dakwaan kononnya graduan itu gementar namanya dipanggil.

Nor Alia Munirah adalah graduan terakhir yang menerima diplomanya dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-13 Unisza yang tamat petang semalam.

Lebih istimewa, jururawat klinik swasta itu turut berpeluang berjalan seiring dengan Fadzli selepas majlis tamat di samping bergambar bersama.

Dalam pada itu, Nor Alia Munirah berkata, dia hanya mengetahui videonya tular pagi ini selepas dikongsikan rakan-rakan.

Baca lagi:  Pavillion Kula Lumpur terbakar, ini punca kejadian

Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer

[VIDEO] Bapa berang lempang pemandu van setelah anak mengadu sering disentuh

CATEGORIES