Najib: Anak Tun M jual saham Sapura, kenapa Rafizi tidak bersuara?

Najib: Anak Tun M jual saham Sapura, kenapa Rafizi tidak bersuara?

Najib: Anak Tun M jual saham Sapura, kenapa Rafizi tidak bersuara?

Baru keluar dari Rafizi selepas sembilan hari. Sebenarnya, saya sudah draf respon terlebih dahulu sebab dah jangka dia hanya akan gunakan isu gaji dan pampasan kepada bekas CEO Sapura.

Dah jangka dia hanya akan fokus pada cari salah dan bukan bagi penyelesaian. Sebab itu saya dah kata minggu lepas bahawa dia hanya akan membazir masa untuk baca ribuan muka surat laporan dan hanya keluarkan respon kepada saya selepas sembilan hari membaca.

Sebab itu, saya cuma perlu ‘edit draft response’ saya sedikit sahaja. Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum tahun 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

Ianya bukan GLC dan tidak di bawah pengawasan dan pengawalan saya semasa saya Perdana Menteri. Syarikat swasta yang bayar, shareholders dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya.

Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak kena mengena dengan kerajaan.

Najib: Anak Tun M jual saham Sapura, kenapa Rafizi tidak bersuara?

Sekarang saya nak tanya. Di mana suara Rafizi apabila anak Tun Mahathir jual kesemua kepentingan saham dalam Sapura untuk mendapat dana sekitar RM3 bilion hingga RM4 bilion pada tahun 2015 hingga 2017? (bekas CEO Sapura tak jual saham seperti anak Tun. Jika dia jual ketika anak Tun jual, dia juga dapat RM4 bilion.)

Di mana suara Rafizi dan PH semasa kerajaan PH suntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam Sapura Energy pada tahun 2019 untuk menjadi pemilik saham terbesar dengan pegangan 40% saham biarpun dah lama tahu gaji bekas CEO adalah amat tinggi?

Yang bail-out, korang. Tapi kamu bisu masa itu. Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada tahun 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada bulan Mac 2021. Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar.

Jikapun, dia nak baca berjuta-juta muka surat untuk cari salah pun tidak akan menyelesaikan masalah Sapura ketika ini, iaitu:

  1. Syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar Malaysia dan asia berdepan risiko muflis;
  2.  Kita juga kehilangan satu lagi syarikat MNC dari Malaysia yang sedang dan pernah melaksanakan projek besar di lebih 20 negara
  3. PNB sedang rugi RM4b hingga RM5b;
  4.  Lebih sepuluh ribu pekerja Sapura dan vendor-vendornya bakal dibuang kerja
  5.  Beribu-ribu syarikat PKS vendor-vendor Sapura terjejas dan tidak menerima bayaran sejak setahun lalu.
  6.  Ekosistem O&G negara yang telah dibina sejak 1974 berdepan risiko runtuh dan kita juga akan kehilangan ramai bakat dan kemahiran dan mungkin kita juga terpaksa bergantung kepada kepakaran luar seperti diulas Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia
  7.  Bank-bank tempatan yang dimilik tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP dan PNB akan terdedah kepada risiko kerugian pinjaman RM10 bilion Sapura. Kaedah Rafizi ini adalah contoh masalah pemikiran dan pendekatan geng PH dan antara sebab mereka tidak boleh diberi peluang lagi untuk memerintah sesebuah negara dan menjaga ekonomi.

Mereka lebih cenderung untuk cari salah dan bukan untuk menyelesaikan masalah demi menjaga kepentingan Rakyat dan ekonomi.

Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi dengan harga tinggi.

Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura.

Malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini.

Jika Sapura dibiarkan muflis ianya tak memberi sebarang manfaat pada negara. Saya nak selesaikan masalah tapi Rafizi pula cuma nak cari salah – biarpun Sapura bukan syarikat majoriti milik GLC sebelum tahun 2019.

Kami positif mindset, mereka terlampau negatif. Lemah, Rafizi. Try again.

(Tulisan ini dipetik sepenuhnya dari Facebook Najib Razak)

Baca lagi:  Bapa ini daftar anak KWSP seawal usia 14 tahun untuk simpan duit, tak perlu tunggu kerja

Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

Mahkamah perintah waran tangkap buat Norjuma

CATEGORIES