Kumpulan Raihan minta jangan cepat menghukum Yasin Sulaiman, kami lebih kenal siapa dia

Kumpulan Raihan minta jangan cepat menghukum Yasin Sulaiman, kami lebih kenal siapa dia

Kumpulan Raihan minta jangan cepat menghukum Yasin Sulaiman, kami lebih kenal siapa dia.

Susulan penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah, kumpulan nasyid popular Raihan memohon agar orang ramai tidak terlalu cepat menilai.

Salah seorang ahlinya, Abu Bakar Md Yatim menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik.

“Kita tidak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan terlalu cepat menghukvm.

“Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik.

“Kami kumpulan nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Mungkin dia melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan,” ujarnya.

Yasin ketika dibawa ke mahkamah pada pagi Khamis.

Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac kerana memiliki ganja.

ahli nasyid juga manusia biasa raihan minta jangan cepat hukum yasin sulaiman hiburan mstar 6245a3cf94d66 777x437 1

Susulan itu dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya pagi Khamis dan berdepan hukvman gantvng mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Raihan ditemui ketika sidang media pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos.

Ia merupakan kolaborasi kedua Raihan bersama Alif Satar selepas lagu Sesungguhnya 2019.

Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik

“Kerjasama dengan Alif bermula apabila kami kami sama-sama membuat persembahan untuk sebuah stesen televisyen ketika itu.

“Bermula dengan cakap-cakap kosong di belakang pentas akhirnya kami rekod lagu bersama dan tidak sangka ia kembali mendapat sambutan.

“Senang bekerja dengan Alif. Segala urusan tidak merumitkan,” cerita Che Am.

Dalam masa sama, Raihan berkata, mereka juga merancang untuk merakamkan semula lagu-lagu popular mereka dengan mana-mana artis muda.

Selain itu, mereka akan tampil dengan lagu baharu dan menunggu waktu sesuai untuk dilancarkan.

ahli nasyid juga manusia biasa raihan minta jangan cepat hukum yasin sulaiman hiburan mstar 6245a3d02307e

Alif dan Raihan sekali lagi bekerjasama sempena Ramadan tahun ini

“Meskipun kami jarang berjumpa artis-artis baharu, tetapi ada juga yang datang dan ajak kami rekod kembali lagu-lagu Raihan.

“Kami tidak ada masalah kerana inilah cara untuk teruskan sebarkan dakwah menerusi hiburan.

“Untuk lagu baharu kami pula sudah ada material, cuma tunggu masa sesuai untuk dilancarkan,” ujarnya.

Alif Satar & The Locos bersama Raihan telah merakamkan lima buah lagu iaitu Bismillah, 25 Rasul, Pujian-Pujian & Syukur (medley), Assolatuwassalamm dan Rayuan Rindu.

Kesemua lagu ini boleh ditonton berperingkat di saluran Youtube Alif Satar bermula 3 April.

Baca Lagi:

Ganjaran RM12,000 sesiapa temui Acap sebelum raya – Abang

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

Setelah nama disebut Yasin Sulaiman, ini respons Syed Saddiq

CATEGORIES