Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut.

POLIS menahan dua lelaki tempatan selepas dipercayai meliwat seorang pelayan restoran secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 20 tahun sedang berjoging bersendirian berhampiran kediamannya di Jalan PJU 6A, Damansara di sini sebelum ditegur kedua-dua suspek yang sedang minum minuman keras.

“Suspek yang pada awalnya menyapa mangsa dengan beberapa soalan, tiba-tiba bertindak menarik tangan mangsa dan memaksanya membonceng motosikal yang ditunggani salah seorang mereka (suspek), lalu dibawa ke rumah mereka di Kampung Sungai Kayu Ara. Mangsa bagaimana mendakwa gagal untuk melawan.

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

“Berdasarkan laporan, mangsa mengaku diliwat secara bergilir-gilir secara lapan kali selain dipaksa melakukan seks oral,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebaik sahaja ‘selesai’ kata Nik Ezanee, mangsa dihantar pulang ke tempat tinggalnya.

Beliau memberitahu, mangsa kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan itu, kedua-dua lelaki yang berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Ahad di Kampung Sungai Kayu Ara.

Semakan rekod jelasnya, mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai dua kes lampau membabitkan kesalahan jenayah.

“Kita mendapat perintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini,” tambahnya lagi.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaaan, serta 377A dan 354 kanun yang sama, kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Jika disabit bersalah katanya, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Baca Juga : Ayah rogol anak sendiri hingga maut sebab tak dapat tahan nafsu

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

CATEGORIES
TAGS