Air percuma sepanjang Ramadan – MB Kelantan

Air percuma sepanjang Ramadan – MB Kelantan.

Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di Kelantan tetapi hanya melibatkan bil yang tidak melebihi RM30 sebulan sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata ia membabitkan 146,660 akaun pengguna yang membabitkan kos sebanyak RM3 juta.

“Kita akan menghadapi bulan Ramadan beberapa hari sahaja lagi. Sempena Ramadan, kerajaan negeri melihat perlunya sepanjang Ramadan untuk bagi pengguna yang menggunakan khidmat AKSB tidak lebih RM30 sebulan dikecualikan bayaran dalam tempoh sebulan.

“Ia membabitkan 146,660 penggunaan akaun dengan kos keseluruhan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika membuat pengumuman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mencadangkan kerajaan negeri memberi potongan bil air sebanyak 50 peratus kepada pengguna yang mengalami masalah gangguan bekalan air di negeri itu.

Menurutnya, potongan itu bagi meredakan kemarahan rakyat yang terkesan dengan masalah air yang melanda sejak beberapa tahun yang lalu.

Menjelaskan lanjut, kata Syahbuddin ia sebagaimana yang dialami di kawasan DUN Galas, Gua Musang dengan 3,000 keluarga termasuk 1,500 di kawasan bandar yang terjejas masalah air.

Baca Lagi:

Bermula 1 April, ujian Covid-19 guna air liur akan ditarik balik

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000

Leave a Reply

Your email address will not be published.