“Akhirnya wajah saya disapa angin,” – Itulah antara reaksi rakyat Singapura gembira SOP dilonggar

“Akhirnya wajah saya disapa angin,” – Itulah antara reaksi rakyat Singapura gembira SOP dilonggar.

DI setiap negara, pelitup muka kini umpama aksesori wajib untuk dibawa ketika keluar rumah; gincu, bedak kompak dan pemerah pipi pula bukan lagi menjadi pilihan.

“Macam tak percaya.” “Kebebasan.” “Dua tahun memakai pelitup muka adalah satu jangka masa yang cukup panjang.”

“Akhirnya wajah saya disapa angin,” - Itulah antara reaksi rakyat Singapura gembira SOP dilonggar

Itu antara sebahagian reaksi rakyat Singapura selepas mandat memakai pelitup muka tidak lagi diwajibkan.

Hari ini, Singapura mula melonggarkan SOP COVID-19 di Republik itu, selain dari tidak perlu memakai pelitup muka di luar rumah, majlis sosial juga boleh dihadiri 10 orang.

Sam Lee, 28 dan Winnie Fok, 26, antara yang menyuarakan kegembiraan mereka ketika mereka berkunjung ke Mandarin Gallery di Orchard Road.

“Akhirnya, wajah saya disapa angin,” katanya, sewaktu ditemu bual CNA.

“Pada mulanya, saya berasa amat kekok. Kami hanya mengambil angin sahaja, masih ada lagi yang memakai pelitup muka, jadi pada mulanya, kami menyangka kami melihat tarikh yang salah,” katanya.

Menurut Fok, ada segelintir rakyat Singapura yang masih mengambil langkah “berjaga-jaga”.

Tinjauan di Ang Mo Kio Central dan di kawasan Chong Boon Market dan Food Centre mendapati pengunjung hanya membuka pelitup muka ketika makan dan minum.

Wesley, yang merupakan seorang penasihat kewangan berkata, dia tidak berpelitup muka kerana cuaca sangat panas.

“Saya tidak mahu berpeluh dalam pelitup muka,” katanya.

Singapura longgarkan SOP COVID-19: Ini apa anda perlu tahu

1.Majlis keramaian boleh mencecah 10 orang dari lima orang, pada bila-bila masa

2. Pelitup muka tidak diperlukan di luar rumah, walaupun Kerajaan menggalakkan pemakaiannya

Pelitup muka masih mandatori. Menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, penjarakan sosial yang selamat dengan jarak 1-meter masih perlu dipraktikkan bagi mengelakkan jangkitan.

Kawasan tertutup termasuk tempat yang mempunyai pintu masuk dan pintu keluar seperti pejabat, kompleks beli-belah, pengangkutan awam, pusat penjaja dan kedai-kedai kopi.

3. Aktiviti makan

Aktiviti makan di restoran, kedai kopi dan pusat penjaja dan kedai kopi dibenarkan untuk 10 individu yang telah divaksin. Langkah-langak pencegahan perlu dipamerkan dengan jelas di pintu masuk.

Namun, pengusaha restoran dan kedai makan boleh membenarkan kumpulan kecil yang terbahagi kepada lima individu yang telah divaksin, tanpa perlu pemeriksaan vaksin di pintu masuk kedai. Pemeriksaan rambang oleh pihak penguatkuasa turut dilaksanakan.

Pelaksanaan penjualan minuman keras pada jam 10.30 malam juga akan dihapuskan.

4. 75 peratus tenaga kerja boleh kembali bertugas di pejabat

Ini adalah peningkatan dari 50 peratus tenaga kerja yang dibnearkan bertugas di pejabat.

5. Peningkatan kapasiti hadirin untuk penganjuran majlis

Penganjur boleh meletakkan kapasiti – untuk 1,000 hadirin ke 75 peratus. Untuk majlis dengan kapasiti hadirin di bawah 1,000 orang, boleh meneruskan acara tanpa had kapasiti.

6. Persembahan secara “live” dan nyanyian dibenarkan

Persembahan secara “live” dan nyanyian dibenarkan termasuk di kedai-kedai makan. Persembahan luar dan busking juga dibenarkan. Aktiviti koir melibatkan penonton dibenarkan – pemakaian pelitup muka perlu ketika aktiviti berlangsung.

7. Acara sosial dibenarkan

Akitivi sosial berkapasiti besar seperti majlis makan malam, korporat dan sambutan hari jadi serta ulang tahun dibenarkan.

Namun, hanya 10 individu dibenarkan duduk di satu meja dengan penjarakan di antara setiap meja.

8. Vaksin kedua untuk golongan berisiko

Suntikan vaksin kedua digalakkan untuk golongan berisiko tinggi termasuk mereka yang berusia 80 tahun ke atas dan penghuni rumah penjagaan dan kumpulan yang menghidap penyakit serius.

9. Kanak-kanak yang menghidap COVID-19 dibenarkan berada di rumah

Kanak-kanak berusia di antara dua dan 12 tahun (akan dipantau di bawah Protokol 2 mulai 25 Mac) dan boleh berada di rumah atau di bawah jagaan doktor.

Baca Lagi:

4 cara setting aircond kereta supaya jadi lebih sejuk dan tahan lama yang perlu anda tahu…

Petua halau nyamuk dirumah dengan cara mudah dan lebih berkesan

KWSP: FB Najib dilimpahi ucapan terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.