Stres diejek tak dapat beri susu badan, ibu campak bayi dalam telaga

Stres diejek tak dapat beri susu badan, ibu campak bayi dalam telaga

Stres diejek tak dapat beri susu badan, ibu campak bayi dalam telaga.

Selepas melahirkan anak, sudah pasti para wanita perlu menjalani tempoh berpantang untuk masa yang tertentu. Hal ini supaya bukan sahaja tahap kesihatan akibat luka bersalin terjaga, malah emosi si ibu juga perlu dijaga kerana mudah terdedah dengan tekanan.

Begitulah akibatnya yang berlaku seperti di Indonesia ini apabila terdapat kes ibu membuang bayi ke dalam telaga kerana stres diejek tidak dapat memberikan susu badan kepada anaknya sendiri. Kasihan si ibu dan anak…

Screenshot 2022 03 28 at 4.31.31 PM

Kecoh di laman media sosial negara jiran iaitu Indonesia apabila seorang bayi perempuan yang baru sahaja memasuki usia sebulan, dikatakan lesap dari jagaan ibunya. Kehilangan bayi berkenaan menjadi tanda tanya orang ramai khususnya penduduk di Desa Sumberejo, Jember, Indonesia.

Bukan itu sahaja, malah timbul beberapa spekulasi mengatakan bahawa bayi berkenaan telah pun dilarikan oleh makhlus halus dan dikaitkan dengan perkara mistik. Namun, semua persoalan ini terhenti dan terbukti salah apabila jasad bayi tersebut ditemui di dalam sebuah telaga!

Screenshot 2022 03 28 at 4.23.44 PM

Yang menyedihkan adalah siapa sangka, pelakunya adalah si ibu sendiri apabila dikatakan telah mencampak bayinya ke dalam telaga. Ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa dia tidak tahan apabila sering digelar seorang wanita yang gagal kerana tidak berjaya menghasilkan dan memberi susu untuk bayi tersebut dan hanya bergantung kepada susu formula.

Screenshot 2022 03 28 at 4.22.22 PM

Rupanya, akibat tekanan anak pula yang menjadi mangsa…

Baca Lagi:

[VIDEO] Suami kantoi curang, isteri ‘Gegar’ bilik dengan lesung batu sampai tercabut tombol pintu

Sunguh menjijikkan! peniaga simpan buah jeruk dalam longkang, longgokan sampah

[VIDEO] Cabaran seorang lelaki ajak anggota RELA bergaduh di sambut membuatkan lelaki tersebut terkedu dan terdiam

CATEGORIES