Malam terakhir sebelum seniman P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir

Malam terakhir sebelum seniman P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir

Malam terakhir sebelum seniman P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir.

28 May 1973.
Dalam jam 9.00 malam, P.Ramlee duduk termenung di satu sudut di rumahnya sambil memetik bibir meja seolah-olah berfikir sesuatu. Tiba-tiba beliau bangun terus menuju ke telefon lalu mendail nombor telefon seseorang.

“Boleh kita jumpa malam ini di Shah Motel, kerana saya ingin berbincang dengan saudara mengenai skrip filem Azizah yang saudara tulis itu”.

Disebabkan ada perkara yang lebih penting, individu itu tidak dapat bertemu P.Ramlee pada malam itu dan meminta untuk bertemu dengan P.Ramlee pada keesokkan harinya dan P.Ramlee juga bersetuju. Sebelum mengakhiri perbualan sempat P. Ramlee menyanyikan lagu Azizah buat temannya itu.

Azizah merupakan lagu pertama yang dicipta oleh P.Ramlee sejak di Pulau Pinang. Lagu itu sangat dekat dengan sejarah hidup P.Ramlee, maka dengan itu P.Ramlee bercadang untuk meriwayatkan lagu Azizah di layar perak.

Malam terakhir sebelum seniman P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir

Pada waktu subuh dalam jam 5.30 pagi, sekali lagi telefon rumah teman P.Ramlee berdering. Kali ini bukan panggilan dari P.Ramlee tetapi Saloma yang memaklumkan bahawa P.Ramlee telah meniinggal dunia.

“Encik Osman, abang Ramlee sudah tiada!”.
Apabila mendengar sahaja perkhabaran itu, beliau terus jadi binguung seolah-olah tidak percaya kerana malam semalam baharu beliau bercakap dengan P.Ramlee melalui telefon.

Begitulah catatan dari Osman Abadi atau nama sebenarnya Osman Mahmud Baginda, bekas Ketua Pengarang Kumpulan (Majalah) Utusan Melayu. Osman Abadi pernah terlibat dalam dua buah filem arahan P.Ramlee sebelum ini iaitu Gelora dan Putus Sudah Kaseh Sayang sebagai penulis cerita dan skrip.

Baca Lagi:

[VIDEO] Remaja maut terjatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki

2 artis Malaysia berdepan hukuman gantung sampai mati

Ngeri! Pekerja buruh hancur seluruh badan dihempap tong pasir

CATEGORIES