Dua lelaki ditahan polis setelah tular’Video’ halang laluan ambulans bawa pesakit ke hospital

Dua lelaki ditahan polis setelah tular’Video’ halang laluan ambulans bawa pesakit ke hospital

Dua lelaki ditahan polis setelah tular’Video’ halang laluan ambulans bawa pesakit ke hospital.

Semalam, polis menahan dua lelaki yang disyaki menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira 4 petang tadi.

Difahamkan, dua individu tersebut ditahan susulan rakaman video yang tular menunjukkan ambulans dihalang sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih dan motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru selain aduan diterima Balai Polis Klang daripada pemandu ambulans berkenaan.

@hikumi_85 Warning ⚠️ alert. Disclaimer: kami off siren sebab patient non emergency. Transport 1 patient bed ridden pergi ke pusat dialysis…Dan terjadilaaa benda ni🤬tlng viralkan…report polis sudah buat #kenebuli #warning⚠️ #ambulans #fyp ♬ original sound – Azman Roy760

Cha berkata, hasil semakan ke atas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 53 dan 30 tahun itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Polis akan membuat permohonan reman ke atas kedua-dua suspek esok di Mahkamah Klang, dekat sini,” katanya.

Capture 3

Beliau turut berkata, berdasarkan aduan yang diterima daripada pemandu ambulans pada 2.23 petang semalam, dia yang sedang membawa seorang pesakit dialisis menghala ke Hospital Sri Kota, Klang dihalang oleh pemandu Toyata Hiace yang memandu secara rapat dari arah belakang ambulans.

“Pengadu menegur pemandu van dengan menggunakan pembesar suara agar menjarakkan kenderaan. Tidak lama kemudian, seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berhentikan motosikalnya di hadapan ambulans yang dipandu oleh pengadu dan menghalang pergerakan pengadu.

“Lelaki itu turun dari motosikalnya dan menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkan pengadu turun dari ambulans. Pengadu terus mengundurkan ambulans bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Katanya lagi, pada masa sama van yang mengekori berhenti di tepi ambulans dan pengadu terus mengelak kedua-dua kenderaan dan meneruskan perjalanan ke hospital.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan (KK) bagi kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 KK untuk kesalahan halangan salah,” katanya.

Baca Lagi:

Saintis dedah ada bahan plastik dalam darah manusia

Tular video warga emas duduk dalam raga besi kepanasan, netizen sebak mahu bantu belikan kereta

[VIDEO] Remaja maut terjatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki

CATEGORIES