Ku Li mahu menteri, timbalan tak hadir pengundian Sosma di pecat

Ku Li mahu menteri, timbalan tak hadir pengundian Sosma di pecat

Ku Li mahu menteri, timbalan tak hadir pengundian Sosma di pecat.

Semua menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir pada sesi pengundian usul kerajaan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kelmarin wajar dipecat.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana mereka tidak bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara berkenaan dilihat mustahil ekoran kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Kabinet masih rapuh.

Menurut beliau, tindakan menteri dan timbalan menteri yang gagal hadir ketika sesi pengundian usul berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan kerajaan tidak perlu menyimpan golongan berkenaan.

“Sosma satu usul yang penting soal keselamatan negara, macam mana boleh ditolak dan menteri-menteri tak hadir? Mereka (menteri dan timbalan) kena berhenti semua (letak jawatan).

“Mereka mesti dipecat daripada kerajaan kerana mereka cuai, ia ‘collective responsibility’ apabila usul seumpama itu nak jaga keselamatan negara tak diendah, tak dipeduli sehingga ditolak oleh Dewan Rakyat dan ia bererti menteri itu tidak bertanggungjawab, simpan buat apa,” soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Melayu Perak kesembilan di Dewan Komuniti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Taman Cempaka di sini, hari ini.

Menurut beliau, mengikut praktis demokrasi berparlimen, menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir pada sesi pengundian usul tersebut sepatutnya dipecat.

“Tapi Perdana Menteri tidak akan buat (pecat menteri dan timbalan). Tidak akan buang. Kalau buat dia jatuh,” katanya.

Kelmarin, Dewan Rakyat gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.

Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Kegagalan usul itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai ini.

Baca lagi: Warganet mula dedah siapa penyanyi nasyid ditangkap kes ganja

Ayah rogol anak sendiri hingga maut sebab tak dapat tahan nafsu

Ayam gunting naik harga RM9, ramai pengguna tak puas hati

CATEGORIES