Gara-gara undi parti politik pilihannya, seorang isteri dihalau, diugut cerai oleh suaminya

Gara-gara undi parti politik pilihannya, seorang isteri dihalau, diugut cerai oleh suaminya.

Seorang lelaki tergamak memukul, menghalau serta mengugut mahu menceraikan si isteri selepas wanita itu tidak mengundi parti politik pilihannya.

Pukul, halau isteri

Memetik laporan India.com, kejadian tersebut berpunca selepas si isteri yang berusia 21 tahun memberitahu salah seorang saudaranya bahawa dia gembira kerana parti politik yang dipilihnya memenangi dalam pilihan raya. Wanita itu memaklumkan parti yang diundinya telah membawa undang-undang yang kukuh untuk memperbaiki keadaan wanita Islam di India.

Gara-gara undi parti politik pilihannya, seorang isteri dihalau, diugut cerai oleh suaminya

Tetapi lain pula yang jadinya selepas si suami mengetahui perkara tersebut. Dia kemudian bertindak agresif dengan memukul isterinya kerana wanita itu tidak mengundi parti politik pilihannya. Bukan itu sahaja, si suami kemudian menghalau isterinya keluar dari rumah selain mengugut mahu menceraikan wanita itu.

Susulan daripada itu, wanita tersebut meminta bantuan daripada NGO yang kemudiannya membangkitkan isu terbabit di media sosial sebelum melaporkan kepada pihak polis. Sementara Suruhanjaya Kebangsaan Wanita (NCW) meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. Namun setakat ini, polis masih belum menerima apa-apa laporan atau aduan rasmi daripada wanita itu berhubung isu tersebut.

Baca Lagi:

Bermula 1 April, penerima Sinovac yang tak booster dijangka akan kehilangan status “divaksin sepenuhnya” – KJ

Tipu maklumat MySejahtera akan dikenakan tindakan penjara dan denda

Tanpa kuah, tanpa lauk, hanya nasi kosong yang direndamkan air mineral sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.