Keluarga pelajar tahfiz mati dibunuh 8 tahun lalu mahukan pembelaan bukan pampasan

Keluarga pelajar tahfiz mati dibunuh 8 tahun lalu mahukan pembelaan bukan pampasan

Keluarga pelajar tahfiz mati dibunuh 8 tahun lalu mahukan pembelaan bukan pampasan.

“Saya tidak pernah mengimpikan habuan atau pampasan wang ringgit, cuma hanya mahukan pembelaan terhadap anak saya yang mati dibunuh.”

Demikian luahan Ruhani Hussin, 67, ibu kepada Wan Ahmad Faris Wan Yaakob, 16, pelajar tahfiz yang ditemukan mati tergantung akibat dibunuh pada 2014.

Ruhani berkata, sebagai ibu, setiap hari dia tidak pernah gagal mendoakan supaya pembunuh anaknya dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal.

“Melihat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang menerima pampasan RM1.5 juta dan kes arwah juga tidak selesai sebagaimana anak saya, namun saya tidak mengimpikan pampasan jutaan ringgit itu.

“Nyawa anak saya adalah segala-galanya. Saya mahukan pembelaan dan perkara paling saya mahu tahu kenapa anak saya dibunuh.

Keluarga pelajar tahfiz mati dibunuh 8 tahun lalu mahukan pembelaan bukan pampasan

Ibu mangsa, Ruhaini Hussin

“Sekalipun mereka yang terbabit dengan kematian anak saya tidak dibawa ke muka pengadilan, saya sangat berharap mereka datang bertemu saya dan memohon maaf, itu pun sudah mencukupi untuk penantian saya selama lapan tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pesara jururawat itu berkata, sebagai seorang ibu, dia sudah tentu mahu yang terbaik untuk anaknya termasuk pembelaan sebaik disahkan anak sulungnya mati dibunuh.

“Biarpun lapan tahun sudah berlalu, namun apa yang berlaku masih segar dalam ingatan saya. Saya yakin mana-mana ibu bapa pun akan merasai apa yang saya rasanya sekiranya anak yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian.

“Justeru, saya merayu kes anak saya disiasat seadil-adilnya demi maruah kami sekeluarga,” katanya.

Dalam kejadian 14 Disember 2014, mayat Wan Ahmad Faris, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas ditemukan tergantung dalam keadaan separuh bogel.

Mayatnya ditemui oleh penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas asrama itu.

Hasil bedah siasat ke atas mayat yang dijalankan pakar forensik mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian Wan Ahmad Faris adalah dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.

Baca lagi: 

Tanpa kuah, tanpa lauk, hanya nasi kosong yang direndamkan air mineral sahaja…

Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut ‘handbrake’ wanita panggil abang bomba

Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia…

CATEGORIES