Bermula 1 April, penerima Sinovac yang tak booster dijangka akan kehilangan status “divaksin sepenuhnya” – KJ

Dua juta rakyat Malaysia dijangka kehilangan status “divaksin sepenuhnya” di aplikasi MySejahtera mulai 1 April, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Angka unjuran ini melibatkan penerima Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang gagal mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum akhir bulan ini.

Pada sidang media hari ini, Khairy mendedahkan bahawa setakat ini, 2.9 juta penerima Sinovac masih belum menerima dos penggalak mereka, yang mungkin menyebabkan mereka kehilangan status “divaksin sepenuhnya”.

Tarikh akhir untuk mendapatkan suntikan penggalak untuk warga emas dan penerima Sinovac pada asalnya ditetapkan pada 28 Feb tetapi dilanjutkan sehingga 31 Mac.

Keberkesanan vaksin Covid-19 berkurangan dari semasa ke semasa. Keberkesanan Sinovac, khususnya, mengalami penurunan mendadak selepas tiga bulan.

CATEGORIES