Uncle Kentang kecewa dikatakan ‘Bodoh’ jual Myvi berharga RM18,000 dengan hanya RM1 kepada seorang wanita

Uncle Kentang kecewa dikatakan ‘Bodoh’ jual Myvi berharga RM18,000 dengan hanya RM1 kepada seorang wanita

Uncle Kentang kecewa dikatakan ‘Bodoh’ jual Myvi berharga RM18,000 dengan hanya RM1 kepada seorang wanita

Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang, mendakwa ramai yang mengatakan beliau bodoh kerana sanggup membeli kereta berharga RM18,000 namun menjualkannya dengan hanya RM1 bagi membantu orang.

Beliau sendiri turut mengakui tidak pasti sama ada tindakannya itu betul atau salah, namun berserah kepada tuhan dan berharap bantuan yang diberikan dapat membantu serta menyelamatkan nyawa lain.

Berkongsi mengenai bantuan yang diberikannya itu, Chee Heng berkata dia berjumpa dengan seorang ibu tunggal berusia 50-an yang kehidupannya bersama anak kini terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Wanita berkenaan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah sekolah swasta dan hilang pekerjaan semasa Covid-19.

“Lebih malang, semasa awal-awal Covid-19 beliau kehilangan suaminya dan terpaksa menjual kereta suami untuk bayar hutang.

“Bagaimanapun, masih tidak cukup untuk bertahan. Kerana perlu membayar sewa rumah dan menanggung persekolahan seorang anak di sekolah menengah swasta,” katanya di Facebook, hari ini.

Uncle Kentang kecewa dikatakan 'Bodoh' jual Myvi berharga RM18,000 dengan hanya RM1 kepada seorang wanita

Menurutnya, wanita terbabit mengalami kemurungan hingga tahap berniat untuk membunuh diri bersama anaknya.

Chee Heng berkata, beliau menasihatkan wanita terbabit agar terus tabah dan berjuang demi anaknya serta tidak berputus asa dalam hidup.

“Untuk selamatkan keluarga itu, mereka memerlukan pengangkutan supaya ibu dapat menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan perkhidmatan penghantaran barang dan juga berniaga.

“Selain itu, sewa rumah mereka juga terlalu tinggi iaitu RM1,000 sebulan di Taman Segar Cheras, dan saya memintanya untuk mendapatkan pangsapuri yang lebih kecil supaya dapat lebih berjimat,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu beliau membeli sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berharga RM18,000 dan menjual kepada wanita terbabit dengan harga RM1 sahaja, selain turut menanggung kos persekolahan anaknya.

“Ramai yang kata saya bodoh atau boros…tapi kalau anda berada di tempat saya, apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan dua nyawa?

“Saya tidak tahu sama ada saya bodoh atau apa. Tetapi saya akan berdiri di sisi mereka dan memastikan mereka tidak melompat dari apartmen kelak,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan kini meneruskan kehidupan bersama anaknya dan mampu berdikari dengan melakukan perkhidmatan penghantaran barang serta berniaga tanpa perlu meminta bantuan kewangan lagi.

Baca lagi:

Iklankan diri mahu hidup bermadu, dua sahabat baik dikecam netizen

Dua beradik warga Malaysia dihalau keluar dari Jerman kerana vaksin Sinovac

Tular Video pemandu Mercedes tunjuk isyarat lucah setelah ‘Koyak’ ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R

CATEGORIES