PANAS!! Satu gabungan baru dikenali Gerakan Pejuang Nasional (GPN) bakal ditubuhkan oleh Tun M

PANAS!! Satu gabungan baru dikenali Gerakan Pejuang Nasional (GPN) bakal ditubuhkan oleh Tun M

PANAS!! Satu gabungan baru dikenali Gerakan Pejuang Nasional (GPN) bakal ditubuhkan oleh Tun M. Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan wujudkan satu gabungan politik dikenali sebagai Gerakan Pejuang Nasional (GPN) dalam kalangan parti pembangkang.

Memetik laporan sebuah portal Edisi Siasat melaporkan GPN bakal terbentuk menerusi beberapa parti, parti-parti tersebut ialah Pejuang, Warisan, PPBM, Pas dan Gerakan.

Laporan tersebut juga menjelaskan parti-parti tersebut telah menunjukkan minat untuk menyertai GPN yang akan digerakkan oleh Dr. Mahathir.

PANAS!! Satu gabungan baru dikenali Gerakan Pejuang Nasional (GPN) bakal ditubuhkan oleh Tun M

GPN juga dikatakan akan disertai oleh beberapa tokoh politik seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Namun dilaporkan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) seperti DAP, PKR, Amanah dan MUDA dijangka akan terus kekal dalam gabungan mereka.

“Sekiranya ini berlaku, maka dalam PRU 15 akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PH dan GPN.

“PH, gabungan antara DAP, PKR, PAN dan MUDA akan menumpukan perhatian kepada pengundi bukan Melayu.

“Manakala GPN, gabungan antara Pejuang, Warisan, PPBM, Pas, Gerakan dan Piagam Rakyat pula akan menumpukan perhatian kepada pengundi Melayu,” jelas laporan tersebut.

Kedua-dua gabungan ini iaitu GPN dan PH bagaimanapun akan bergabung untuk membentuk kerajaan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Baca lagi:

TERKINI! Rafizi kembali ke gelanggang politik, tanding jawatan timbalan presiden PKR

Politik Islam PAS hanya untuk mencari kemewahan dunia atas nama agama – Naib Presiden Umno

Percaturan politik Azmin mula tunjuk kepincangan

 

CATEGORIES