Tular VIDEO lelaki belasah warga asing tunggang basikal dengan besi sudah dikenal pasti.

Tular VIDEO lelaki belasah warga asing tunggang basikal dengan besi sudah dikenal pasti.

Tular VIDEO lelaki belasah warga asing tunggang basikal dengan besi sudah dikenal pasti.

Seorang lelaki bertindak melampaui batas apabila memukul seorang lelaki dipercayai warga asing dengan sebatang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung – Segari, di sini, seperti video tular di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta Proton Wira dengan mangsa yang menunggang basikal itu berlaku pada 13 Mac lalu.

Katanya, susulan video tular berkenaan pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk memberi keterangan berkaitan kejadian itu.

“Kita mengesan pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung. Lelaki berusia 50-an itu memaklumkan keretanya dipinjam oleh rakannya iaitu suspek pada hari kejadian.

“Susulan itu, kita juga sudah mengenal pasti suspek berusia 30-an yang berasal dari Batu Gajah dan dia akan datang untuk beri keterangan esok,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Nor Omar berkata, mangsa iaitu lelaki dipercayai warga asing pula masih belum dikenal pasti dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Justeru, katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Rakaman video berdurasi 53 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta Proton Wira berhenti di susur kiri jalan sebelum keluar sambil memegang sebatang besi.

Lelaki terbabit kemudiannya tiba-tiba memukul seorang lelaki yang juga penunggang basikal yang berhenti di lampu isyarat dengan besi itu sebelum meneruskan perjalanannya.

Baca lagi: Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Tular satu video harga makanan kedai ‘Cekik Darah’ nasi putih dan ayam goreng RM19

 

CATEGORIES