Tidur dalam keadaan TV terpasang boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca nie…

Tidur dalam keadaan TV terpasang boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca nie…

Ada antara kita sering mengalami kesukaran untuk tidur ketika suasana di rumah atau bilik dalam keadaan sunyi.

Bagi membantu seseorang hilang rasa cemas dan takut, membiarkan televisyen terpasang antara yang sering dilakukan bagi mempercepatkan mata terlelap.

Tidur dengan televisyen terpasang umumnya adalah perkara biasa. Tetapi adakah perbuatan itu selamat termasuk dari segi kesihatan?

Pakar menyatakan, perbuatan itu bukan idea yang baik kerana seseorang akan terpapar kepada cahaya biru dari televisyen yang meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku disebabkan tabiat itu.

Tidur dalam keadaan TV terpasang boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca nie...

1. Menurunkan penghasilan melatonin

Melatonin merupakan hormon yang membantu seseorang tidur. Hormon ini yang memberi signal kepada tubuh untuk berehat dan tidur.

Televisyen dapat mengurangkan penghasilan melatonin dan mengganggu otak untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersedia untuk tidur ataupun sebaliknya.

2. Merangsang otak

Penyelidik mengatakan menonton atau mendengar suara dari televisyen membuatkan banyak stimulasi berlaku kepada otak. Ketika televisyen dipasang, otak akan tetap menerima rangsangan yang membuatkan ia tetap aktif.

3. Risiko obesiti

Sebuah kajian pada 2019 mendapati tidur dengan cahaya buatan seperti yang berasal dari televisyen dikaitkan dengan peningkatan berat badan.

Kajian ini mendapati bahawa risiko ini disebabkan penurunan kuantiti dan kualiti tidur seseorang sehingga memberi kesan kepada berat badan mereka.

Tidur dalam keadaan TV terpasang boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca nie...

4. Masalah kesihatan lain

Selain obesiti, tabiat itu juga boleh meningkatkan risiko kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Baca Lagi:

Ini antara punca kenapa dilarang buka kipas waktu pasang aircond

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Tular satu video harga makanan kedai ‘Cekik Darah’ nasi putih dan ayam goreng RM19

Leave a Reply

Your email address will not be published.