Gempar! Pengembara masa depan ramal perang Korea Utara, AS akan tercetus hari ini

Gempar! Pengembara masa depan ramal perang Korea Utara, AS akan tercetus hari ini

Gempar! Pengembara masa depan ramal perang Korea Utara, AS akan tercetus hari ini.

Belum reda serangan Rusia terhadap Ukraine, kali ini timbul pula dakwaan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai pengembara masa hadapan kononnya akan tercetus peperangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara.

Dakwaan itu dibuat oleh pengguna TikTok, 10 Mac lalu yang meramalkan beberapa siri kejadian besar sepanjang tahun ini termasuk peperangan, penerokaan angkasa lepas dan kematian palsu selebriti.

Bagaimanapun, pengguna TikTok itu gagal mengemukakan sebarang bukti apabila diminta oleh pengguna lain di ruangan komen.

Berita mengenai serangan Korea Utara itu muncul selepas Kim Jong Un meminta tentera negara itu bersiap sedia selepas Rusia berperang dengan Ukraine.

Bercakap kepada Radio Free Asia, 27 Februari lalu, pegawai dari Pyongan Utara berkata, setiap jawatankuasa parti serantau di wilayah itu memaklumkan kepada semua ahli parti bahawa sekutu kuat Korea Utara iaitu Rusia sedang melancarkan perang.

Jelasnya, hubungan antarabangsa semakin tegang dengan Rusia sejak serangan tercetus dan jawatankuasa parti serantau meminta semua orang bersedia digerakkan pada bila-bila masa.

Gempar! Pengembara masa depan ramal perang Korea Utara, AS akan tercetus hari ini

Berikut disenaraikan ramalan pengguna TikTok tersebut:

22 Mac – Pencerobohan Korea Utara di AS

19 April – Kemunculan varian Covid-19 baharu ‘Omega’ iaitu lima kali ganda lebih berbahaya daripada varian lain.

24 Mei – NASA menemukan planet baharu ‘KLET-33’ yang mempunyai kehidupan di sana.

28 Jun – Satu daripada lima taufan berbahaya melanda Georgia dan Carolina Selatan.

13 Julai – Berita kematian palsu mengenai legenda penyanyi rap.

23 Julai – Gempa bumi paling kuat dalam sejarah melanda Los Angeles, California dan menyebabkan ‘ombak gergasi’.

3 Ogos – Dua penyelam menemukan bandar bawah air di Kepulauan Atlantik.

1 September – Meteor ‘4 vesta’ akan melintasi bumi dan jatuh di pantai China.

26 September – Semua sekolah ditutup disebabkan pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.

14 Oktober – Makhluk asing datang ke bumi, sebahagian mereka akan berkomunikasi dengan manusia dan sebahagian lain akan menyerang manusia.

Baca Lagi:

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Ini antara punca kenapa dilarang buka kipas waktu pasang aircond

Sekian lama menyepi selepas bersara, ini pekerjaan bekas ketua polis negara Hamid Bador

CATEGORIES