Tular video amoi mabuk langgar geng konvoi kereta mewah Lamborghini Aventador hijau

Tular video amoi mabuk langgar geng konvoi kereta mewah Lamborghini Aventador hijau

Tular video amoi mabuk langgar geng konvoi kereta mewah Lamborghini Aventador hijau.

Tindakan konvoi kereta mewah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya mendapat kecaman pengguna media sosial.

Sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu telah dirakam seorang pengguna TikTok sebelum dikongsi di Facebook Dash Cam Owner Malaysia.

Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu berlaku tidak dinyatakan oleh pemilik video tersebut.

Menerusi ruang komen mendapati, orang ramai berang dengan tindakan pemandu-pemandu tersebut yang dianggap membahayakan pemandu lain.

Tindakan konvoi itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna media sosial mendakwa, konvoi tersebut berbuat demikian kerana mahu menyekat seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan telah melanggar salah sebuah kenderaan mewah itu.

“Sportcar semua block (sekat) kenderaan 4X4 sebab mabuk lepastu langgar Lambo Aventador hijau, itu cerita sebenar,” kata Kimiyy.

“Ikut dari satu cerita, mereka terpaksa buat macam itu sebab pemandu 4X4 mabuk dan langgar salah sebuah kereta. Mereka tak nak kemalangan dan ada mangsa akibat sikap tak bertanggungjawab pemandu itu,” kata Aisya.

“Mabuk itu satu hal, geng yang menyemak di jalan pun satu hal. ‘Test power’ lah, konvoi sampai sekat laluan orang, ini yang kita nampak, yang tak nampak?,” soal Saliwa.

“Harap polis dapat tahan mereka. Kalau betul pemandu itu sebabkan kemalangan, jangan ambil tindakan sendiri,” kata Fareez.

Baca Juga : Terkenal yang paling cantik dan mahal di dunia, ‘baka kuda perang milik Rasulullah SAW’ dijual dengan harga RM8 billion

‘PM tepi’ peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

CATEGORIES