Seorang anggota (PGA) berpangkat koperal maut ditembak

Seorang anggota (PGA) berpangkat koperal maut ditembak

Seorang anggota (PGA) berpangkat koperal maut ditembak . Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditemui maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Riam, Miri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri Hakemal Hawari yang mengesahkan kes terbabit berkata, setakat ini, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Seorang anggota (PGA) berpangkat koperal maut ditembak

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Polis dan pasukan bomba menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.50 malam tadi.

Kejadian pada mulanya disangka kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa didapati melanggar sebatang pokok di tepi jalan, namun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada badan mangsa.

Baca Juga : Akibat gangguan air, penduduk alami tekanan perasaan…ada yang menjerit seorang diri

Harga minyak sudah naik, ini 8 tips jimat minyak kenderaan sungguh berkesan

Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

CATEGORIES