Rekod baharu! Demo tak kenal barey, Yamaha 125Z ini dibeli dengan harga RM85k

Rekod baharu! Demo tak kenal barey, Yamaha 125Z ini dibeli dengan harga RM85k

Rekod baharu! Demo tak kenal barey, Yamaha 125Z ini dibeli dengan harga RM85k. Baru-baru ini, kisah harga sebuah Yamaha RX-Z Millenium tular di kalangan masyarakat Malaysia kerana ianya dijual dengan harga RM70k.

Namun, rekod jualan tersebut kini berjaya diatasi oleh satu lagi motosikal keluaran Yamaha, iaitu Yamaha 125z. Ianya dijual pada harga RM85k!

Namun, berdasarkan posting dari Facebook Cường Nguyễn, lelaki kelahiran Vietnam ini difahamkan membeli sebuah motosikal Yamaha 125Z M1 edisi istimewa dari seorang pemuda tempatan dengan harga seperti yang dinyatakan.

125z

Motosikal keluaran khas model Valentino Rossi itu dijual kepada seorang ahli perniagaan warga Vietnam yang hanya mahu dikenali sebagai Chuong, sekali gus menjadi tular di media sosial.

Motosikal keluaran tahun 2005 ini belum didaftarkan atas nama sesiapa (unregistered) sejak dimiliki oleh pemuda tempatan tersebut.

Menurutnya, kesemua komponen motosikal tersebut masih original, bahkan satu skru pun belum pernah dibuka.

125

Untuk makluman, keluaran Yamaha 125Z model M1 ini diadaptasi dari jentera MotoGP yang pernah digunakan suatu ketika dahulu iaitu Yamaha YZR-M1 Gauloises dengan perincian warna seiras sepenuhnya.

Di Malaysia, model ini popular dipanggil sebagai Yamaha 125Z GoGo.

Baca Juga : Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Selalu tayang kemewahan, polis sita aset bernilai RM18.7 juta milik influencer terkenal

CATEGORIES