Harga minyak sudah naik, ini 8 tips jimat minyak kenderaan sungguh berkesan

Harga minyak sudah naik, ini 8 tips jimat minyak kenderaan sungguh berkesan

8 tips jimatkan minyak kenderaan dengan berkesan. Sebagai seorang pengguna kenderaan, sudah tentu kita ingin mengamalkan penjimatan minyak. Bukan apa, harga minyak petroleum ada masanya menurun dan ada masanya menaik.

Jika corak harga minyak hanya menunjukkan peningkatan, sudah tentulah kita ingin melakukan penjimatan. Nak membeli minyak seliter bukannya murah. Jadi, sekiranya ada cara mudah untuk kita berjimat apa salahnya kita ikuti.

Jangan risau, laman Mental Floss kali ini tampil dengan memberi lapan tips pemanduan untuk anda khususnya pengguna tegar kenderaan.

Lapan tips pemanduan tersebut adalah salah satu usaha yang anda boleh lakukan bagi menjimatkan penggunaan minyak.

Tips Pemanduan Untuk Menjimatkan Penggunaan Minyak

1. Kurangkan kelajuan kerana ia mungkin memakan minyak yang banyak
Menurut Mental Floss, kalau anda hanya menekan minyak (memecut) sepanjang masa perjalanan ia akan membuatkan kereta anda menggunakan minyak kereta yang lebih banyak jika dibandingkan dengan menekan pedal minyak pada kelajuan biasa atau kelajuan tetap (constant).

2. Jangan brek mengejut
Selain itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu untuk mengurangkan situasi brek mengejut.

Kurangkan menjawab panggilan telefon ketika memandu untuk mengelakkan berlakunya brek mengejut. Tindakan ini bukan setakat meningkatkan penggunaan minyak malah ia membahayakan nyawa.

Jadi anda dinasihati untuk memandu dengan selamat dan jaga jarak anda dengan kereta yang berada di hadapan.

3. Pastikan tayar cukup angin dan isi angin yang betul
Sebut sahaja mengenai tayar mesti rata-rata antara anda jarang melakukan semakan secara menyeluruh terhadap tayar anda.

Sebenarnya anda kena sentiasa menyemak kondisi tayar kereta supaya sentiasa mempunyai angin yang mencukupi.

Tekanan angin tayar mestilah betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah boleh bertambah. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di bahagian tepi pintu kereta pemandu. Anda boleh rujuk dan isi angin berdasarkan carta tersebut.

Kenal pasti kod tekanan angin kereta anda, sama ada dalam kilopascal (kPa) atau pounds per square inch (psi).

4. Jangan leka ketika memandu
Apa yang dimaksudkan dengan jangan leka adalah, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan kereta di tapak parking kereta dengan keadaan enjin menyala. Sekirannya enjin kereta ditinggalkan dalam keadaan menyala ia lebih memakan minyak.

5. Tak perlu hias kereta
Ramai antara anda yang gemar menambahkan aksesori pada kereta. Ternyata perkara itu hanya menambah bebanan kepada kereta. Misalnya penambahan spoiler pada bahagian bonet kereta.

Spoiler sememangnya mempunyai fungsi untuk menstabilkan kereta tetapi anda perlu ingat bahawa ia berat.

Jadi jika kereta semakin berat ia membawa maksud kereta sukar untuk bergerak dan memerlukan minyak yang banyak untuk membolehkan ia bergerak dengan lebih laju.

6. Pastikan kereta anda bersih (dan tingkap ditutup).
Mencuci kereta bukan sahaja membuatkan kereta anda nampak berkilat malah ia dapat mengurangkan ‘seretan’. Jadi anda boleh menutup tingkap dan tingkap bumbung atas kereta.

7. Jangan parking tempat panas
Sekiranya anda mempunyai garaj, gunakan garaj tersebut. Mana-mana kereta tidak digalakkan berada pada suhu yang sangat panas.

Apabila kereta anda panas, anda akan memilih untuk terus membuka pendingin hawa (aircond) kereta sebaik sahaja anda masuk.

Perbuatan ini mungkin terus membuatkan kereta anda sejuk tetapi ia menggunakan minyak yang banyak untuk memastikan enjin yang mengandungi bahagian pendingin hawa untuk bekerja dengan lebih kuat.

Sebaiknya anda membuka tingkap terlebih dahulu untuk memastikan udara panas di dalam kereta keluar dan kemudian baru anda boleh membuka aircond.

8. Patuhi had laju
Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, penggunaan minyak akan berkurangan sekirannya anda hanya memandu pada 50 kilometer per jam (kmj).

Setiap had laju yang dipaparkan pada papan tanda jalan raya sudah dikaji. Jadi adalah lebih baik jika anda hanya mematuhinya.

Baca Lagi:

Selalu tayang kemewahan, polis sita aset bernilai RM18.7 juta milik influencer terkenal

“Apa nak jadi dekat ibu jadilah, janji anak selamat sempurna” keluh isteri Shaheizy Sam

Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

CATEGORIES