Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

Jangan panik! hanya tekan 'panic button', polis sampai kurang 7 minit

Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit. Polis Melaka menyediakan butang panik (panic button) untuk mangsa jenayah di sekitar Jonker Walk, Banda Hilir di sini dan respons pantas pertolongan akan diberikan dalam masa kurang tujuh minit.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, setakat ini sebanyak tiga butang telah dipasang di tiang sekitar kawasan itu dan dijangka lima lagi akan ditambah menjelang Jun depan.

Katanya, kemudahan itu adalah projek rintis dan pertama kali dilaksanakan dalam negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Panic button ini merupakan inisiatif Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama penuh syarikat Code 7 Tech Sdn. Bhd. untuk memberikan respons pantas kepada mangsa jenayah.

“Setakat ini kita telah memasang tiga butang iaitu di persimpangan Jalan Hang Kasturi, bersebelahan Smart Hotel dan di Taman Antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan itu di sini.

Beliau berkata, butang itu akan mengeluarkan bunyi siren dan signal bakal diterima balai polis pelancong.

“Pasukan yang akan mengambil tindakan adalah skuad rondaan berbasikal unit polis pelancong, unit rondaan bermotosikal (URB) dan Skuad Taming Sari (STS) dengan menggunakan motosikal scrambler.

“Kita telah meletakkan waktu respons iaitu tujuh minit bagi pasukan ini tiba dilokasi jenayah, namun saya percaya waktu itu dapat disingkatkan lagi,” jelasnya.

Abdul Majid menambah, sekiranya inisiatif itu berkesan, satu cadangan kepada Ketua Polis Negara agar ia dilaksanakan di negeri-negeri lain mengikut kesesuaian akan dibuat.

Baca Lagi:

Tular video perkahwinan berbeza agama, wanita Islam dan lelaki Katolik

Warga emas didakwa wanita paling tua dalam dunia berumur 399 tahun masih hidup

Elakkan tidur dengan cahaya malap, nak tahu kenapa? ini sebabnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published.