Tular video “sangat menjijikkan” tikus berkeliaran di wad sebuah Hospital

Tular video “sangat menjijikkan” tikus berkeliaran di wad sebuah Hospital

Tular video “sangat menjijikkan” tikus berkeliaran di wad sebuah hospital. Pihak Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini telah melakukan siasatan serta-merta susulan sebuah video yang menunjukkan tikus berkeliaran di wad hospital terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, beberapa langkah penambahbaikan diambil bagi mencegah insiden sama daripada berulang.

Menurutnya, ia termasuklah dengan menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah di samping menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya di semua wad.

Tular video "sangat menjijikkan" tikus berkeliaran di wad sebuah hospital

“Pihak konsesi penyelenggaraan hospital juga diarahkan untuk mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan kuantiti pemasangan perangkap telah dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ini termasuklah penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan Planned Preventive Maintenance (PPM) mengikut frekuensi yang telah ditetapkan iaitu pada setiap hari dan setiap bulan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang wanita berkongsikan mengenai keadaan di sebuah hospital kerajaan yang tidak dipastikan lokasinya dipenuhi tikus liar di wad.

Video TikTok yang dimuatnaik semula ke Twitter itu difahamkan terjadi kepada kakak kepada wanita itu di mana anaknya telah ditahan di hospital tersebut kerana Covid-19.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Wad 3B HTJ di sini dan dalam video tersebut dipaparkan ayat ‘Steady wad gomen untuk budak sekali dengan tikus’.

Sementara itu, jelas Harlina, Unit Entomologi dan Pest juga turut dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Tambah beliau, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) amat menghargai maklum balas yang diberikan dan dari semasa ke semasa berusaha untuk memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam yang mendapatkan rawatan di hospital adalah terjamin.

Baca Lagi:

Penyanyi terkenal tak sengaja terselak baju sampai nampak payudara di live TV

Penampilan Jokowi berkain sarung ketika berkhemah, curi perhatian netizen

Aksi tiga wanita ‘sakan’ bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz, apa dah jadi?

CATEGORIES