Elakkan tidur dengan cahaya malap, nak tahu kenapa? ini sebabnya….

Elakkan tidur dengan cahaya malap, nak tahu kenapa? ini sebabnya….

Satu kajian baharu mendapati bahawa tidur dengan cahaya malap seperti televisyen dengan bunyi yang dimatikan berisiko meningkatkan kandungan gula dalam darah dan kadar denyutan jantung orang muda yang sihat.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, meskipun perbuatan itu hanya dibuat dalam satu malam sahaja, ia sudah cukup untuk memberi kesan kepada sistem tubuh.

“Cahaya malap memasuki kelopak mata dan mengganggu tidur walaupun hakikatnya peserta kajian tidur dengan mata tertutup,” kata Pengarang Kajian, Dr. Phyllis Zee yang merupakan Pengarah Pusat Perubatan Circadian dan Tidur di Fakulti Perubatan Feinberg, Universiti Northwestern.

Elakkan tidur dengan cahaya malap, nak tahu kenapa? ini sebabnya....

Tidur dalam suasana yang mempunyai cahaya malap memberi kesan kepada peningkatan gula dalam darah dan kadar denyutan jantung

Zee dan pasukannya memilih 20 individu sihat berusia 20-an dan menyuruh mereka menghabiskan dua malam di makmal tidur. Malam pertama dihabiskan di dalam bilik gelap di mana tidak banyak yang boleh dilihat walaupun dengan mata terbuka.

Ia diikuti dengan malam seterusnya di bilik yang mempunyai cahaya lampu malap. Kesemua peserta kajian disambungkan ke peranti yang memantau beberapa ukuran objektif kualiti tidur.

“Kami merakam gelombang otak dan dapat mengetahui tahap tidur seseorang.

“Kami merekodkan pernafasan mereka, kadar denyutan jantung, denyutan elektrokardiogram (ECG) dan turut mengambil darah mereka untuk mengukur tahap melatonin semasa mereka tidur.

“Melatonin adalah hormon yang mengawal irama sirkadian badan, atau tidur dan bangunkan jam badan,” jelas Zee.

Hasil kajian menunjukkan walaupun jumlah cahaya yang kecil mencipta defisit gelombang perlahan dan tidur pergerakan mata yang cepat, namun ia memberi kesan signifikan pada kebanyakan peserta.

Peserta yang didedahkan dengan cahaya malap memiliki kadar denyutan jantung lebih tinggi, rintangan insulin meningkat, sistem saraf simpatik (berlawan atau lari) dan parasympatetik (mod berehat ) tidak seimbang yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi pada orang yang sihat.

Baca lagi: 

Penyanyi terkenal tak sengaja terselak baju sampai nampak payudara di live TV

Sebak! Mak dari kampung naik bas datang nak jumpa anak, ditengking ‘Si Tanggang Moden’ siap hambat suruh balik

Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips

CATEGORIES