Siapakah Onn Hafiz yang sebenar? Ini 9 fakta MB Johor ke -19 yang perlu anda tahu

Siapakah Onn Hafiz yang sebenar? Ini 9 fakta MB Johor ke -19 yang perlu anda tahu

Siapakah Onn Hafiz yang sebenar? Ini 9 fakta MB Johor ke -19 yang perlu anda tahu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Berikut merupakan sembilan perkara yang anda perlu tahu tentang Menteri Besar Johor Ke-19 ini:

1. Datuk Onn Hafiz bin Ghazi dilahirkan pada 2 Mac 1979.

2. Beliau berasal dari Simpang Renggam, Johor.

3. Menerima pendidikan di Universiti of Hertfordshire, United Kingdom dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

4. Kerjaya politiknya bermula selepas menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).

5. Beliau seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama tujuh tahun.

6. Di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi Exco Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.

7. Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau menang dengan mendapat 7,449 undian.

8. Merupakan anak saudara kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan cicit pengasas dan bekas Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar.

9. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor dan mempunyai empat orang anak.

Baca lagi: 

Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19

TERKINI! Rafizi kembali ke gelanggang politik, tanding jawatan timbalan presiden PKR

Onn Hafiz MB bakal Johor yang baharu?

CATEGORIES