Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui

Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui

Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui. Seorang lelaki dari Britain dilaporkan menemui seketul batu meteorit seberat 1.02 kilogram yang didakwa mampu mencecah nilai sehingga £100,000 (RM546,899), lapor akhbar The Sun semalam.

Tony Whilding, 38, dari bandar Wrexham, Wales Utara menemui batu itu di sebuah ladang selepas memburunya selama 18 bulan.

Dia memulakan pencariannya selepas sebiji bebola api menembusi rumahnya dan hilang.

Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui

“Saya berada di taman belakang rumah sambil menghisap rokok pada tengah malam apabila melihat langit menyala di atas kepala.

Saya mendongak lalu melihat bebola api terbang rendah dengan dua jejak asap yang berpusar.

“Ia menjadi lebih terang apabila menghampiri rumah saya kira-kira dua kali ganda ketinggiannya. Ia sangat rendah, jika anda tendang bola ke udara, ia akan mencapainya.

Tambah Whilding, apabila meteorit berkenaan melintasi rumahnya, ia hilang dalam beberapa saat dengan hanya meninggalkan jejak asap.

Lelaki tersebut dilaporkan akan membawa batu itu kepada pakar bagi memastikan nilainya.

Baca Lagi:

Warga Emas kantoi menipu, Netizen dedah siapa dia sebenarnya

Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

CATEGORIES