Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor

Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor

Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor. Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu.

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor

“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Menurut pelakon filem KL Gangster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilangannya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong,” kata Rosyam Nor.

Baca Lagi:

Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

Sedih umat islam Malaysia sibuk pasal siapa bunuh Tangmo, akhirnya Ust Kazim bersuara ramai terdiam

CATEGORIES