Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia

Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia

Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia. Seorang juruterbang jet pejuang Ukraine yang berjaya menembak 10 jet tempur tentera Rusia telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Bagaimanapun, muka sebenar juruterbang itu tidak didedahkan apabila beliau memakai visor berwarna hitam dan topi pesawat serta topeng oksigen sekali gus melindungi wajahnya yang sebenar. Ketika imej juruterbang itu dirakamkan, dia sedang berada di dalam kokpit jet pejuang buatan Kesatuan Soviet iaitu MiG-29 yang digunakan oleh tentera Ukraine bagi menentang tentera Rusia.

Inilah wajah juruterbang misteri yang didedahkan tembak 10 jet Rusia

Imej itu didedahkan oleh kakitangan am tentera Ukraine dan juruterbang itu sebelum ini digelar sebagai ‘hantu dari Kiev’.  Ukraine mendakwa telah menembak jatuh beberapa pesawat Rusia semasa perang di negara itu tercetus pada 24 Februari lalu. Putin dilaporkan mempunyai hampir 1,200 buah pesawat tempur sebelum permusuhan tersebut bermula manakala Ukraine pula dilaporkan hanya mempunyai 124 buah jet.

Baca lagi:

Gagal bayar bil hospital, rela jual anak

PRN Johor : Maszlee tewas di DUN Layang-Layang

Lepas RON97 catat rekod tinggi ramai pula beralih guna RON95

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.