[VIDEO] Cara mudah untuk pastikan ‘Water Heater’ selamat digunakan atau tidak

[VIDEO] Cara mudah untuk pastikan ‘Water Heater’ selamat digunakan atau tidak

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu sekiranya mahu menggunakan water heater atau alat pemanas air.

Menerusi video yang diunggah di akaun Tiktok Sam Suresh menunjukkan cara nak periksa sama ada ‘water heater’ ini selamat atau tidak untuk digunakan. Caranya sangat mudah, anda boleh lakukan sendiri di rumah atau di mana sahaja.

Perkara pertama yang anda kena lakukan adalah dengan menekan butang ‘test’ pada alat tersebut. Selepas tekan butang tersebut dan didapati tidak ada lampu menyala, maka ia selamat digunakan.

Kemudian, pengguna boleh menekan semula butang ‘Reset’ untuk mengembalikan sambungan elektrik pada alat pemanas air.

Tonton video di bawah..

@samsureshx #stitch with @Science ♬ original sound – Sam Suresh

Baca lagi:

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

[VIDEO] Isteri belasah suami dengan topi keledar, baju koyak rabak…

CATEGORIES
TAGS