Tular Proton wira hilang, owner ‘berputih mata’ kereta ditemui dalam keadaan togel

Tular Proton wira hilang, owner ‘berputih mata’ kereta ditemui dalam keadaan togel

Tular Proton wira hilang, owner ‘berputih mata’ kereta ditemui dalam keadaan togel. Sejak tahun 2019 dan 2020 lalu, model kereta buatan tempatan Proton Wira berada di tempat paling teratas dalam senarai 10 kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia dengan sebanyak 353 unit dilaporkan dicuri.

Terbaharu, seorang pemilik Proton Wira ‘berputih mata’ apabila keretanya yang hilang di PPR Batu Muda , Jalan Ipoh semalam, telah ditemui semula dalam keadaan komponen-komponen kereta sudah terlerai di hadapan sebuah rumah di Kampung Tandak, berhampiran Hospital Besut, Terengganu pada hari ini.

Penemuan semula kereta tersebut turut dirakam dan dikongsikan di TikTok @aizatmohdnor, di dalam video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan enjin, tempat duduk, tayar dan komponen-komponen lain lagi telah dileraikan satu persatu sehingga tinggal rangka sahaja.

Insiden ini telah menarik perhatian ramai yang berang dengan tindakan pencuri itu yang sanggup membawa lari kereta dari Kuala Lumpur sehingga ke Terengganu semata-mata mahu meleraikan kereta itu.

Tular Proton wira hilang, owner 'berputih mata' kereta ditemui dalam keadaan togel

Tular Proton wira hilang, owner 'berputih mata' kereta ditemui dalam keadaan togel

Tular Proton wira hilang, owner 'berputih mata' kereta ditemui dalam keadaan togel

Menurut pemilik Proton Wira terbabit, pencuri itu sememangnya sudah berpengalaman dan profesional kerana suspek dipercayai cuma mengambil masa 2 jam sahaja semasa melakukan kerja-kerja khianat ini.

Tambahnya lagi, pencuri itu lari meninggalkan dua orang anak apabila dia menyedari orang ramai telah menemui lokasi kereta curi terbabit yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, suspek sudah dikenal pasti dengan adanya gambarnya dan pemilik Proton Wira ini meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai insiden terbabit.

Baca Juga : Tak perlu keluar modal banyak, guna cara ini untuk kilatkan lampu depan kereta yang kelabu asap

Gagal bayar bil hospital, rela jual anak

[VIDEO] Berasak kerana ikan 10 sen seekor, pelanggan tak hirau SOP

CATEGORIES
TAGS