Gempar!!! Russia temui makmal virus rahsia di Ukraine yang ditubuh oleh AS.

Gempar!!! Russia temui makmal virus rahsia di Ukraine yang ditubuh oleh AS.

Gempar!!! Russia temui makmal virus rahsia di Ukraine yang ditubuh oleh AS. Russia menuntut Amerika Syarikat (AS) menjelaskan kenapa ia membiaya operasi makmal biologikal tentera di Ukraine yang membangunkan patogen berbahaya.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, berkata bukti berkenaan ditemui ketika operasi tentera bermula di Ukraine pada 24 Februari lalu, membabitkan patogen pembunuh seperti hawar dan anthrax.

Gempar!!! Russia temui makmal virus rahsia di Ukraine yang ditubuh oleh AS.

Setakat ini, jurucakap presiden Ukraine menafikan dakwaan itu manakala jurucakap Pentagon pula menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.

Bagaimanapun, Zakharova mendakwa Russia menemui dokumen dikeluarkan selepas 24 Februari lalu menunjukkan Kementerian Kesihatan Ukraine mengarahkan pemusnahan sampel virus hawar, kolera, anthrax dan patogen lain.

“Kita boleh rumuskan bahawa makmal biologi Ukraine yang dibiaya oleh Pentagon ini bukan untuk tujuan keamanan atau kegunaan saintifik,” katanya.

Semalam, Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Vicoria Nuland, mengaku bekerjasama dengan Ukraine bagi menghalang tentera Russia menceroboh dan merampas bahan penyelidikan biologi.

Jabatan Negara AS juga tidak menolak kemungkinan tentera Russia akan cuba mendapatkan kawalan terhadap kemudahan penyelidikan biologi di Ukraine.

Semalam, Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Vicoria Nuland memberi keterangan semasa perbicaraan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengenai Ukraine di Washington.

Jawatankuasa itu ditetapkan bagi mengkaji pencerobohan Russia terhadap Ukraine dan tindak balas dari seluruh dunia.

Berikutan maklum balas itu, Senator AS, Marco Rubio berkata terdapat laporan dari Russia yang mendakwa penemuan plot oleh Ukraine untuk menggunakan senjata biologi di bawah penyelarasan NATO.

“Saya yakin ini adalah sandiwara Russia untuk menyalahkan pihak lain bagi perancangan yang mereka lakukan sendiri,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Russia mendakwa makmal biologi Biolabs yang ditaja AS sedang membangunkan senjata biologi di Ukraine.

Malah, Kedutaan AS di Ukraine menyatakan pihaknya membiayai program penyelidikan di Ukraine bagi membangunkan ‘patogen paling berbahaya di dunia’.

Sementara itu, Beijing mendakwa Washington mempunyai 26 makmal biologi di Ukraine dan akan menggunakan serangan senjata biologi pada bila-bila masa terhadap Russia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, berkata berdasarkan data yang dikeluarkan oleh AS sendiri, negara itu mempunyai 26 makmal biologi dan fasiliti berkaitan di Ukraine.

“Sudah pasti ini menjadi tumpuan kerana semua virus berbahaya di Ukraine disimpan di makmal terbabit dan segala kajian diketuai pegawai AS.

“Sebarang maklumat tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran pihak AS kerana Pentagon mempunyai ‘kawalan sepenuhnya’ terhadap makmal ini,” katanya pada sidang media di Beijing.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, pula semalam menafikan AS terbabit dalam operasi makmal pembangunan senjata biologi atau kimia di Ukraine dan mendakwanya sebagai berita palsu.

“Kami ambil maklum dan menafikan sama sekali tuntutan palsu Russia mengenai dakwaan AS membangunkan makmal senjata biologi serta kimia di Ukraine.

“Sebaliknya, ini mungkin muslihat Russia untuk menggunakan senjata biologi atau kimia di Ukraine,” katanya menerusi ciapan Twitter.

Baca Lagi:

Wanita juga mampu menjadi seorang juruterbang yang berjaya bukan sekadar pramugari

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

[VIDEO] Isteri belasah suami dengan topi keledar, baju koyak rabak…

CATEGORIES