WhatsApp akan susahkan pengguna yang suka ‘forward’ mesej

WhatsApp akan susahkan pengguna yang suka 'forward' mesej

WhatsApp akan susahkan pengguna yang suka ‘forward’ mesej. Dalam era komunikasi digital ini, sesiapa sahaja bebas mencipta mesej palsu dan disebarkan pula dengan pantas.

Antara aplikasi yang menjadi lubuk berita palsu ialah WhatsApp.

WABetaInfo melaporkan terdapat perkara baharu dalam WhatsApp beta versi 2.22.7.2 di Android, di mana pengguna hanya boleh memajukan (forward) mesej yang dilabel “Forwarded” kepada satu kumpulan dalam satu-satu masa.

Ini bermakna jika anda ingin memajukan mesej yang ditanda “Fowarded” kepada 5 kumpulan misalnya, anda perlu ulang langkah tersebut sebanyak 5 kali.

Untuk pengetahuan, mesej yang dimajukan lebih 4 kali akan ditanda ‘Forwarded’ untuk memudahkan pengguna mengetahui status mesej tersebut.

Langkah baharu ini pastinya untuk menyekat berita palsu daripada tular dengan rancaknya. Apakah anda gemar dengan ciri baharu ini?

Baca Lagi:

Netizen Malaysia memang layak dapat anugerah siasat kes Tangmo

[VIDEO] Dua wanita naik motor gigih bayar tol guna kad Touch’n Go

Politik Islam PAS hanya untuk mencari kemewahan dunia atas nama agama – Naib Presiden Umno

Leave a Reply

Your email address will not be published.