Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer

Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer

Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer. Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas dikejar seekor harimau belang di Taman Bersekutu berhampiran Kampung Sura di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.40 malam itu, Mohd Shafiq Mamat, 27, terselamat dengan memecut motosikal yang ditunggangnya bersendirian selaju mungkin.

Menceritakan semula sewaktu kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permint di sini selepas selesai menghantar makanan dipesan pelanggan yang menetap di kawasan perumahan berhampiran lokasi kejadian.

Pak Belang kejar 'rider' sejauh lima kilometer

“Saya ternampak kelibat pak belang tersebut melalui cahaya lampu motosikal selepas melalui sebuah jambatan.

“Saya panik apabila harimau tersebut yang berada di sebelah kanan jalan cuba menerkam saya. Tanpa berfikir panjang, saya terus memecut laju motosikal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Shafiq yang baru dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan berkata, harimau tersebut terus mengejarnya sehingga sejauh kira-kira lima kilometer.

“Masa tu saya tidak fikir panjang selain memulas pedal minyak sekuat hati agar motosikal dinaiki amat memecut laju,” katanya.

Baca Lagi:

Lelaki terima jantung babi yang pertama meninggal dunia selepas dua bulan

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

[VIDEO] Dua wanita naik motor gigih bayar tol guna kad Touch’n Go

CATEGORIES