Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir. Ahli arkeologi Amerika dan Mesir dilaporkan telah menemui bukti sejarah dipercayai kilang arak paling tua di dunia, di salah satu tapak arkeologi utama Mesir Purba.

Mostafa Waziri, setiausaha Supreme Council of Antiquities berkata, kilang arak itu telah ditemui di Abydos, sebuah kawasan purba tertanam di padang pasir arah bharat Sungai Nil, lebih 450km di Selatan Bandar Cairo.

Menurutnya kilang itu sudah dibina di kawasan itu sejak pemerintahan Raja Narmer, yang terkenal kerana menyatupadukan masyarakat Mesir Purba di awal pemerintahan dinasti pertama (3150BC–2614BC).

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

Ahli arkeologi telah menemui lapan unit tinggalan besar yana mana setiap unit sepanjang 20 meter dengan lebar 2.5 meter. Setiap unit mempunyai 40 besen tembikar disusun dalam dua barisan, digunakan untuk memanaskan campuran bijirin dan air bagi menghasilkan arak kata Waziri.

Misi bersama itu turut dipengerusikan oleh Matthew Adams dari Institute of Fine Art, New York University dan Deborah Vischak seorang Profesor pembantu bahagian sejarah seni mesir purba dan arkeologi dari Princeton University.

Kata Adams, kilang ini dibina ketika era tersebut bagi menyediakan arak untuk digunakan dalam ritual diraja, sekaligus memberikan bukti kepada ahli arkeologi tentang penggunaan arak dalam upacara korban ketika zaman Mesir Purba.

Pada awal 1900-an, para ahli arkeologi British, kali pertama menyebut tentang wujudnya kilang seperti itu, namun mereka tidak dapat menentukan lokasinya.

Dengan wujudnya kubur-kubur besar dan kuil-kuil zaman awal Mesir Purba, Abydos dikenali sebagai bangunan tinggalan sejarah untuk memuja Osiris, iaitu tuhan dunia bawah tanah dan dewa yang bertanggung jawab menghakimi roh-roh manusia di hati akhirat.

Necropolis (perkuburan mesir purba) telah digunakan dalam sejarah Mesir, sejak zaman prasejarah sehingga era pemerintahan tamadun Rom. Mesir sebelum ini telah mengumumkan puluhan penemuan-penemuan purba dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara itu.

Industri pelancongan Mesir bergelut akibat ketidakstabilan politik susulan pemberontakan rakyat tahun 2011 menjatuhkan kerajaan zalim Hosni Mubarak. Sektor itu juga terpaksa berdepan dengan tekanan baru sejak tahun lepas akibat pandemik coronavirus. –  theguardian.com

Baca lagi: 

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Jika keluar 4 tanda ini, bermakna WhatsApp anda telah di ‘block’ sesesorang

[VIDEO] Rezeki 28 tahun kerja pam minyak Petronas, staf paling lejen dapat hadiah dari tauke pakej ke Umrah

CATEGORIES