KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kaklong. Insiden pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati kepada restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bukanlah perkara baharu.

Jika Februari lalu seorang pelanggan ‘mengamuk’ kerana burger yang dibelinya hanya diisi sedikit mayonis dan daun salad, kali ini restoran tersebut ‘diserang’ kerana menghantar menu lain sebagai ganti kepada menu yang sudah kehabisan stok.

“Dear @KFCmalaysia. Kalau semua benda dah habis, tak payah jual! Kentang dan wedges katanya dekat seluruh Malaysia dah takde stock. Tiga kali order benda sama tapi dapat Sesame Ball, apa j***h. Hari tu order ayam, dibaginya roti,” demikian ciapan pelayar berkenaan di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut juga, pelayar berkenaan berkongsi nota yang dipercayai ditulis oleh staf restoran berkenaan, memaklumkan situasi yang berlaku.

“Kentang dan wedges habis stok. Semua KFC. Sorry.

“Tukar kepada Black Sesame Ball. Next time boleh choose (pilih) mashed (kentang lenyek) atau nugget,” demikian tertera mesej yang ditulis pada dua helaian kertas bersama pesanan yang dikirim.

KFC diserang lagi tapi kali ni bukan Kaklong

Berdasarkan paparan tangkapan skrin (screenshot) yang dimuat naik, pelayar itu dipercayai membuat pesanan menerusi perkhidmatan Foodpanda dari sebuah cawangan KFC di Kuala Lumpur.

Menurut pelayar berkenaan, dia meluahkan rasa kecewa kerana restoran berkenaan gagal mengemukakan maklumat tepat untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan.

KFC diserang lagi tapi kali ni bukan Kaklong

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pelayar berkenaan meluahkan kekecewaan kerana mereka turut mengalami insiden buruk apabila membuat pesanan di restoran sama.

“Beli ayam, hanya kepak ayam je yang ada (padahal) siang lagi tu. Pukul 12 tengah hari dah tak ada selection part ayam dah.

KFC diserang lagi tapi kali ni bukan Kaklong

“Boikot je la. Jual ayam tapi takde ayam,” demikian antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Tambah warganet, perkara sedemikian wajar diviralkan sebagai pengajaran kepada restoran berkenaan agar mengambil maklum aduan pelanggan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Baca Lagi:

Wanita yang kematian suami dibenarkan bekerja dari rumah – PM

Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang

MH370: 8 tahun sudah berlalu, waris berdoa agar pencarian menemui titik noktah

CATEGORIES
TAGS