Pelik tapi benar, seorang wanita bercinta dengan pesawat mainan

Pelik tapi benar, seorang wanita bercinta dengan pesawat mainan

Pelik tapi benar, seorang wanita bercinta dengan pesawat mainan. Seorang wanita nekad memilih sebuah pesawat mainan sebagai kekasih dan menganggap ia adalah pasangan terbaik yang pernah dimilikinya, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Sandra,28, melayan alat permainan itu seperti teman lelaki sebenar dengan memberi ciuman selamat pagi dan selamat malam setiap hari.

Menurut wanita itu, ‘hubungan cinta’ antaranya dengan kapal terbang mainan bernama Luffancs bermula awal Januari lalu selepas membelinya secara online dengan harga £600 (RM3,315).

Pelik tapi benar, seorang wanita bercinta dengan pesawat mainan

“Saya tidak tahu mengapa, saya cuma cintakannya.

“Luffancs adalah cinta sejati saya dan kami akan bersama selamanya,” katanya.

Tambah Sandra, dia sudah lama mempunyai obsesi terhadap pesawat namun ia menjadi serius selepas hubungan cintanya gagal tahun lalu.

Wanita itu mendapati pesawat mainan lebih setia berbanding manusia dan mengambil keputusan menjalin hubungan dengan barangan itu.

“Saya tidak pasti adakah saya akan kembali bercinta dengan manusia, mungkin tidak,” tegasnya.

Baca Lagi:

Macam tak percaya, jumpa batu permata bernilai RM13.8 juta, lelaki ini tunaikan janji buat semua penduduk setempatnya….

Bank boleh sekat akaun pelanggan mencurigakan – Menteri Kewangan

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

 

CATEGORIES
TAGS